Followers

Sunday, April 11, 2010

Praq-tee-Quom: alQudwah qobla Da'wah


Dengan nama Allah Tuhan yang mencipta 'hidup' dan yang mincipta 'mati' untuk manusia.


Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam. Selawat serta salam kepada qudwah kita,Nabi Muhammad SAW.



Pada weekend yang lepas, dicelah-celah urusan bulan praktikum ini saya dan beberapa orang sahabat sempat menjadi fesi untuk program bagi pelajar lepasan SPM.Program tersebut bertujuan memberikan view pada adik-adik berkaitan dunia universiti. Ia adalah program di bawah anjuran NGO: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak(BERSATU).

Saya memang gemar sertai program NGO ini kerana saya boleh temui ramai rakan mahasiswa dari pelbagai IPTA/IPTS. Bila berkawan dengan mereka kita akan lebih terbuka minda. Di samping itu boleh tambah networking kenalan kita. Kalau asyik bergaul dengan rakan-rakan kampus kita yang sama sahaja otak boleh jadi beku dan lembab. Mungkin juga jumud.



Saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian sedikit ilmu yang saya dapat dari seorang penceramah dalam program tersebut, Ust Azlan. Ia adalah berkaitan 'Kepentingan Dakwah di Kalangan Remaja'.


Di dalam ceramah tersebut, beliau menerangkan kepentingan berdakwah.Antara point-point penting yang saya ingin kongsikan adalah: alQudawah qobla Da'wah.



Apakah yang dimaksudkan dengan alQudawah qobla Da'wah?


dalam bahasa melayunya adalah 'Contoh tauladan sebelum berdakwah'.


Menurut ust, seorang da'ie mestilah menunjukkan contoh tauladan terlebih dahulu sebelum berdakwah kepada masyarakat, ahli keluarga dan rakan-rakan. Dengan contoh yang baik yang ada pada akhlak pendakwah itu, ia akan membuatkan orang yang ingin didakwahkan akan tertarik.


"Da'ie harus menunjukkan contoh tauladan yang baik. Kalau berpakaian, dialah yang paling kemas, kalau kopiah, dialah yang paling putih, kalau bercakap dialah yang paling beradab.." kata ust Azlan.


Ia membuatkan saya terfikir dan bermuhasabah.


Sebenarnya, semasa dalam perjalanan ust datang ke tempat program lagi ust telah menunjukkan contoh tauladan kepada saya. Manakan tidak, Ust sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyampaikan ceramah selama satu jam setengah. Tempat program kami di Perak.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak adalah selama 3jam lebih. Sebaik saja exit dari highway, saya mengambil ust menuju ke tempat program.


Pengorbanan yang ust tunjukkan memang memberikan kesan kepada saya. Ia adalah contoh tauladan kepada saya. Bagi saya, dalam aspek pengorbanan dalam berdakwah menyebarkan Islam, ust layak bercakap mengenainya kerana dia melaksanakannya.


"kalau ada 5 orang peserta sekalipun ana datang ceramah. Kalau depan ana ada sorang sekalipun ana akan ceramah. Kalau tak cukup peserta, kita panggil sekali dengan fesi-fesi sekali dengar ceramah...Kalau nak ikutkan ana datang dari KL ke sini memang jauh. Masa ana banyak atas kereta ja. Tapi ana tak kisah kerana bagi ana, PEMBINAAAN GENERASI itu amat penting" kata ust dalam ceramahnya.


setelah tamat berceramah dalam jam 11.30 malam, Ust perlu segera bertolak pulang ke Kuala Lumpur kerana pada awal pagi esokkan harinya dia ada program lain yang harus dihadiri.


Setelah ust bertolak pulang, saya terfikir. Agak-agaknya pukul berapa ust sampai rumah? Berapa jam ust sempat tidur sebelum Subuh dan berprogram pada pagi esoknya? bagaimana duit tambang tol? Duit minyak?


kalaulah seorang dai'e itu tidak punyai kefahaman, keikhlasan dan jiwa ruhiyah yang kuat..saya rasa dia tidak akan mampu melakukan kerja berat ini.


Teringat saya pada kata-kata Hasan Al-Banna, yang menyatakan beliau bukanlah seorang yang gagah dan kuat namun beliau sudah biasa dengan kerja-kerja berat yang BERTERUSAN.


Tarbiahlah diri kita untuk tahan melakukan kerja-kerja Islam dalam keadaan berterusan walaupun dengan rehat yang sedikit. ganjaran Allah itu besar bagi setiap pengorbanan yang kita berikan. Sesungguhnya kerehatan sebenar bagi seorang mukmin adalah di syurga.


Terima kasih ust atas qudwah yang ust tunjukkan. Ramai yang mampu berteori dalam ceramah-ceramah tentang pengorbanan, tetapi tak ramai yang berjaya mempraktikkannya. Mungkin tarbiah yang ust pernah dapat di UM dahulu mengajarnya begitu tahan lasak dalam menggerakkan Islam. Banyak lagi mutiara ilmu yang ust kongsikan dalam ceramahnya, namun tak sempat saya nukilkan semuanya. Insyallah ada kesempatan kita jumpa lagi.




alQudwah qobla Da'wah



p/s: kepada Shahril, selamat hari lahir yang ke 20. Semoga diberikan keberkatan umur pada usia muda ini. ^_^

No comments: