Followers

Tuesday, April 20, 2010

Jauh di mata, dekat di hati



"Bang," seorang junior menegur saya sebaik sahaja masuk ke bilik pantri asrama.

"Leman(bukan nama sebenar)", saya membalas.

"basuh baju ke bang?"

"Ha'a. Ai, rajin gosok baju?" saya meramahkan mulut.

"senang bang.gosok baju untuk seminggu terus,"

"Ooo..bagus-bagus," saya memuji.

"Bang, makin jauh kita yek" Leman membuka cerita. Entah macam mana tiba-tiba Leman masuk topik tersebut. Saya tersenyum.

"Tak de lah..jauh di mata, tapi dekat di hati" saya menyedapkan bicara.

Dulu, Leman antara adik-adik yang selalu bersama saya dan rakan-rakan dalam program-program pusat Islam. Selalu berbual pasal agama dan berbincang sesuatu perkara sambil-sambil meminta pendapat tentang sesuatu perkara.

Saya pula cuba memberi sesuatu yang saya rasakan bermanfaat untuk dunia dan akhiratnya.Sekadar ilmu yang saya tahu. Seperti kata ust Hazrizal, erti hidup itu pada memberi.

Kini?

Oh, kini dia sudah semakin dewasa. Assigment makin banyak, study semakin sibuk dan dia pula ada kawan-kawan yang dia rasakan sesuai dengan jiwanya. Semakin hari dia semakin jauh. Jauh di mata..namun, tak jauh di hati saya kerana insyallah dia sentiasa dalam doa saya.

Inilah hidup kalau nak tahu. Ada masa Allah bolak balik kan hati kita. Sekejap cenderung pada kebaikan sekejap cenderung pada sebaliknya.

Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa di hati mereka ingin memberikan kebaikan pada orang lain, kita harus ingat. Kita hanya mampu membawa kuda ke kolam air, namun kita tak boleh paksa kuda tersebut minum.

Jadi, terpulang pada dia nak minum atau tidak. Yang pasti kita tu kena 'selamat'. Selamat dunia akhirat. kalau kat mahsyar nanti, masa dia terima apa yang dia dapat atas amal dia di dunia, kita boleh defend diri kita. Kita mengadu pada Allah, yang kita dah usaha nak ajak dia tapi dia yang mengelak.

Mahsyar? akhirat?

Ah, penting ke semua tu? Ada orang, bila kita cakap pasal mahsyar, akhirat, dosa pahala, syurga neraka, dia mmg tak kisah. Dia gelak je.

Sebenarnya dia bukan tak tahu semua tu. Tahu. Tapi buat tak kisah. Apa nak kisah? sebab benda tu bukan nampak depan mata. dapat tahu pun dari dengar-dengar dan baca-baca.


Selesai menggosok baju, Leman mengundur diri.

" Bang, bang tengok je saya macam ni sekarang. tapi sebenarnya saya tetap...tetap..ha..Jadi, abang ajak la saya kalau ada ape-ape"

"insyallah..insyallah"

3 comments:

Mohamad Shahrilniza said...

trase siot...

ehsanhalim said...

terasa apa knp pulak?

bukan shahril la.

f4yt3 said...

mentari bukan sekadar memancar cahaya, tapi juga membekal haba. terkadang manusia menjauhkan diri dr mentari kerana bahangnya mampu memberi kesan kepada mereka. mereka menunggu awan yg datang untuk memayungi. mungkin bukan sepenuhnya salah mentari untuk memancarkan pelbagai sinaran yg merbahaya buat manusia, tapi tidak bererti mentari tidak berfikir mengenainya juga.awan mungkin sementara, dengan harapan mentari jua dapat mengelakkan diri drpd membinasakn yg lain..