Followers

Monday, April 26, 2010

Kerinduan BALKIS


Rakan-rakan, pensyarah serta pembaca blog saya yang saya hormati

Dalam kelesuan dan kesihatan yang kurang baik ini, tiba-tiba kenangan semasa di sekolah datang menyapa. Sapaan itu lembut. Selembut udara malam ini. Kenangan itu memujuk saya tanpa paksa untuk terus thabat dalam medan ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat dalam program usrah, rehlah, mukayyam tarbawi, konvoi bermotor dan majlis-majlis ilmu datang satu persatu.
Maahad Muhammadi Lilbanin

Mungkin Allah sengaja merenjatkan kembali semangat ini dengan kenangan lalu yang Dia pernah berikan pada saya satu ketika dahulu. Ia adalah kenangan dari wangian BALKIS.

Sebagai remaja Islam, kami ditarbiah untuk mempersiapkan diri untuk menjadi pemuda Islam yang mampu berpencak dalam masyarakat satu hari nanti. Biar campak ke laut menjadi benua, campak ke darat menjadi banjaran.

Kami bukan sahaja ditarbiah supaya belajar sehingga berjaya, namun dalam masa yang sama mampu berperanan dalam masyarakat.Baik masyarakat kampus, mahupun masyakat kampung halaman. Bukan sekadarkan gila A dalam slip exam sahaja!

Antara badan besar yang berperanan untuk mentarbiah kami para pelajar Maahad Muhammadi Lilbanin ketika itu adalah Badan Latihan dan Kepemimpinan Islam (BALKIS). Dalam BALKIS, kami dilatih dan dibekalkan dengan ilmu kepimpinan Islam. Ilmu kepimpinan Islam adalah totally berbeza dengan ilmu kepimpinan sekular kerana ia bertunjangkan prinsip dan aqidah Islam. Sedangkan kepimpinan sekular ia hasil acuan barat.

Sebab itu anda akan lihat perbezaan kualiti pada pemimpin yang ditarbiah dengan kepimpinan Islam dan sekular.
Ini adalah gambar sidang muktamar BALKIS.Muktamar adalah satu sidang untuk peralihan kepimpinan baru. Setiap pemilihan kepimpinan baru dibuat secara syura. Yang berada dibarisan hadapan berbaju biru itu adalah junior saya saudara Malik,Presiden BALKIS.

BALKIS berjaya melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang mantap untuk sekolah. Setiap pimpinan pelajar yang lahir dibentuk dalam masa yang lama. Bermula dari tingkatan satu lagi. Pelbagai program, usrah dan tamrin disusun hingga lahirlah barisan kepimpinan pelajar yang membawa sifat rijal. Setiap daripada kami ditarbiah dalam kepakaran yang ada pada masing-masing. Saya ditarbiah dalam keusahawanan Islam. Saya diberi taklifan dalam memimpin Lujnah Ekonomi,BALKIS. Selepas itu, memimpin Lujnah Perkaderan.

Teringat satu peristiwa semasa dalam program BALKIS. Ketika itu kami saya dan rakan-rakan menguruskan tamrin untuk adik-adik. Kami buat di satu kawasan di Pasir Mas, di tepi tasik Tok Uban.

Tempat tu memang jarang orang buat program. Satu ketika, saya dan rakan-rakan menguruskan slot riadah ala jundi pada adik-adik, tiba-tiba beberapa orang rakan datang. Mereka memanggil kami ke tepi tasik, katanya ada kecemasan. Ia dirahsiakan dari pengetahuan peserta. Kami pun segera ke tempat kejadian.

" Ya Allah, keto ust Me" semua orang terkejut bila tengok kereta wira ust Abdul Rahman tenggelam di dalam tasik. Separuh dari kereta sudah tenggelam. Kereta itu bergerak sendiri menuju ke dalam tasik kerana tanah di situ landai namun sedikit menjunam ke tebing tasik.

" Mari-mari pakat tarik belako keto" kawan saya menjerit meminta semua orang turun ke tasik menarik kereta.

Masalahnya, sebelum ini tiada siapa berani masuk ke dalam tasik tersebut. Kami telah diberi peringat oleh orang kampung supaya jangan mandi atau terjun ke dalam tasik, bahaya. Lagipun, jika dilihat pada mata kasar, tasik tersebut memang menyeramkan pun. Maklumlah tempat orang jarang datang.

Tapi dalam keadaan yang cemas itu, semua memberanikan diri. Seorang demi seorang masuk ke tasik. Yang tinggi masuk dahulu memberi tahu kepada yang lain had-had dalam air. Akhirnya kami semua pegang sekeliling kereta dalam menarik kereta ke tebing.

" So, duo, tigooo! " kami mengira. Namun kurang berhasil. Kereta terlalu berat. Dipenuhi air. Langit pula semakin gelap. Memberitahu senja bakal bakal menjelang.

" Takbir! " kawan saya menjerit membakar semangat semua orang.

" Allahuakbar! " semua menyahut dengan penuh semangat. Laungan takbir digemakan beberapa kali. Kereta ditarik.

Alhamdulillah ada sedikit berhasil. Namun, tidak cukup kuat. Akhirnya kami terpaksa meminta tolong seorang penduduk kampung. Mujurlah dia ada kereta pacuan 4 roda. Dengan keretanya, akhirnya kereta ust Abdul Rahman berjaya ditarik meskipun setelah beberapa kali tali yang digunakan terputus.

Selepas itu, semua keletihan. Badan terasa gatal-gatal terkena selut dan lumut dalam tasik tersebut. Kalau peserta ditarbiah dengan modul riadah ala askar iaitu, terjun ke dalam kolam ikan keli yang busuk dan hijau warnanya, saya dan rakan-rakan yang urusetia pula ditarbiah oleh Allah untuk menarik kereta dari tasik berselut dan berlumut.

Semua ini adalah 1/100 dari kenangan indah semasa di dalam BALKIS. Pemikiran, akhlak dan semangat saya diasuh dalam rahim tarbiah BALKIS itulah.

Hingga saat saya menulis ini, jiwa saya kembali memujuk dan merengek merindukan kembali asuhan itu.

Ah, aku benar-benar kerinduan~

5 comments:

zumiela7 said...

thanxss abg ehsan sbb bwk zaem masuk balkis dlu...i really apreciate it!!!

charkoeyteow girl said...
This comment has been removed by the author.
charkoeyteow girl said...

"Mungkin Allah sengaja merenjatkan kembali semangat ini dengan kenangan lalu yang Dia pernah berikan pada saya satu ketika dahulu. Ia adalah kenangan dari wangian BALKIS."

"Sebagai remaja Islam, kami ditarbiah untuk mempersiapkan diri untuk menjadi pemuda Islam yang mampu berpencak dalam masyarakat satu hari nanti. Biar campak ke laut menjadi benua, campak ke darat menjadi banjaran."

"Pemikiran, akhlak dan semangat saya diasuh dalam rahim tarbiah BALKIS itulah."

"Hingga saat saya menulis ini, jiwa saya kembali memujuk dan merengek merindukan kembali asuhan itu."



hmm, ada bakat jadi penulis buku/novel..

Dx said...

salam, rindu pada sesuatu yang dah berlalu selalu...........
mailah mencipta sesuatu yang baru.......

ehsanhalim said...

to zaem: u r welcome. zaem pun s/u lujnah yang mantap.

t0 charkoeyteow: ana tak minat bc novel.jadi tak brapa reti nak menulis novel.stakat blog blh la.

to Dx: insyallah.sama2 la kita.