Followers

Thursday, May 13, 2010

Bila Kamu Rasa Cukup Bagus



Bila kamu rasa cukup bagus, maka di saat itulah kamu sudah tiada apa-apa. Ya, tiada apa-apa. Walaupun, sebelum ini kamu adalah orang yang berada di puncak. Ilmu kamu dipandang sebaris para ulama. Kata-kata kamu seperti pidato si ahli politik yang menanam tebu di bibir. Tapi sebenarnya itu hanya rasa bagus. Hanya kamu sahaja yang rasa.


Bila kamu rasa cukup bagus, maka di saat itu Tuhan sudah tidak melihat kamu. Sedangkan kekuatan dan kejayaan itu dari Dia. Ketika itu, ego akan mengaburi kamu. Kefahaman tentang waqi' sudah tiada. Kerana kamu benar-benar merasa cukup bagus.

Rasa bagus itu, Tuhan tahu. Dia tahu apa yang dalam dada kamu. Lebih tahu dari apa yang kamu tahu.

Bila kamu rasa cukup bagus, kamu akan kagum bila ramai yang mula BERKIBLATKAN kamu. Kamu memalingkan kiblat mereka. Mereka ibarat orang yang sentiasa menunggu firman-firman dan sabda kamu. Mereka ini hanya si lebah yang menunggu manis madu di bunga. Bila madu sudah tiada bunga, bunga sudah tiada makna.

Kamu teruja bila orang mengagumi kamu. Ketika itu, kamu akan rasa cukup bagus. Benar-benar rasa cukup bagus.

Bila kamu rasa cukup bagus, kamu tidak akan lama di atas dahan ini. Kerana dahan ini cukup teliti untuk menampung siapa yang dia rasakan perlu untuk berada di atasnya. Kalau Dia rasa kamu perlu berada di dahan ini, maka kamu akan terus berada. Tapi jika Dia rasa tidak perlu, bila-bila masa sahaja kamu akan gugur seperti gugurnya yang lain.

Dahan ini, untuk si buruk yang tidak pernah rasa dirinya cukup bagus. Dalam buruk-buruk itu mereka bekerja dalam rahmat dan kasih sayangNya yang bagus. Hati si buruk itu bercahaya seperti bintang di malam hari. Kerana Dia membasuh hati mereka dengan gerimis tawaduk dan kesungguhan amal. Ditabur baja ikhlas.

Di saat si buruk merasakan diri mereka tidak bagus, sebenarnya di saat itulah dia menjadi sangat bagus di mata Dia.



Rasa cukup bagus

Tahukah kamu, rasa bagus itu akan mencepatkan kamu gugur. Dia yang mengangkat kamu pada tahap sekarang, bila-bila sahaja Dia boleh gugurkan kamu. Dia tidak memandang betapa hebatnya kamu di mata manusia kerana Dia yang mencipta manusia.

Kamu juga bukan Tuhan, jadi mengapa mengharap mereka mentauhidkan kamu dan memuja-muja kamu. Dia Allah sahaja yang Tuhan. Bukan kamu.

Firaun pun Dia jadikan hebat di mata pengikutnya. Dan hari ini Dia jadikan berikan perkara yang sama pada kamu pula. Jadi, apa bezanya?

Kita tunggu dan lihat.

4 comments:

Srikandi Ummah said...

salam..

meginsafkan...T_T

jzkk atas perkongsian..

akhi tulis sendiri ke?

ke amik dari mana2x link...

ehsanhalim said...

sendiri.

kalau ana ambik dari link ana akan nyatakan

PUTERI SOLEHAH said...

rasa mcam tidak sedap membacanya...sptnya ada sesuatu yg melanda enta...penulisan spt ditujukan pd seseorg(sekadar tanya)

ehsanhalim said...

to puteri solehah

entah.

knp? terasa pedasnya ke?