Followers

Saturday, June 26, 2010

Sambutan Biro Agama kepada Pelajar baru


Dengan Nama Allah yang Maha Perkasa


Esok 28 jun 2010 adalah hari pendaftaran bagi pelajar baru bagi Institut Pendidikan Guru. Saya dan rakan-rakan Biro Agama dan Kerohanian telah brainstorm bagaimana untuk menyambut kedatangan mereka.

Antaranya adalah dengan memasang baner selamat datang di pagar Institut.


Pada baner tersebut kami menulis perkataan SELAMAT DATANG dalam 3 versi iaitu Tamil, Mandarin dan Jawi.

Di bawahnya kami tulis:

Salam Takzim daripada:
Biro Agama dan Kerohanian
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh


Baner ini tanda kami dari Biro Agama sangat mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru. Ia untuk memberikan first impression yang baik kepada IPG IPOH.


Sengaja kami menggunkan 3 versi bahasa kerana untuk menunjukkan bahawa

ISLAM UNTUK SEMUA

BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN UNTUK SEMUA

Biro Agama dan Kerohanian bukanlah organisasi racist yang hanya untuk Melayu sahaja. Tetapi ia adalah organisasi Islam yang merentas bangsa dan etnik.

Jadi, dengan adanya tulisan 3 versi tersebut diharap ia dapat menjadi satu dakwah kepada rakan-rakan non-muslim this is the beauty of Islam.

banner dan ucapan selamat datang juga diletakkan dalam FB







Selain dari itu, pada hari pendaftaran nanti, insyallah akan ada ajk Biro Agama dan Kerohanian yang akan membantu ibu bapa pelajar untuk mengangkat barang-barang ke bilik asrama mereka.

Sebahagian dari mereka akan memakai vest baru biro Agama

vest biro agama dan kerohanian

Sulaman pada bahagian hadapan vest
vest dari pandangan belakang


Sulaman pada bahagian belakang

Disamping itu juga, Biro Agama akan berperanan untuk membantu pihak pentadbiran dari Unit Kerohanian dan Moral Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk menyusun program-program kerohanian kepada semua pelajar baru sepanjang minggu orientasi mereka, 28jun-2julai 2010.


sekian.

Islam Adil Untuk Semua

No comments: