Followers

Tuesday, December 9, 2008

Sembelihan, menyembelih dan disembelih....

Sempena dengan Aidiladha yang kita sambut pada 8 Disember yang lalu, di sini saya nak berkongsi beberapa ilmu tentang cara-cara untuk jalankan sembelihan. Ilmu ni saya dapat dari satu khusus penyembelihan anjuran Pejabat Agama daerah Parit Buntar yang saya hadiri. Memang best!


Ni gambar saya sedang sembelih ayam sewaktu slot praktikal sembelihan. Peserta ada ramai, tapi ayam ada 9 ekor ja. Sapa cepat dia dapat. Peserta yang datang kebanyakan orang dah berumur (kebanyak program-program ilmiah yang pernah saya hadiri, orang muda memang jarang ada). Jadi saya sebagai mewakili orang muda cuba untuk sembelih seekor ayam untuk membuktikan di Parit Buntar ni masih ada lagi orang muda yang berminat dengan program-program ilmiah ni.hehe..


Saya bawa bersama adik, Solihin. Sebagai pendedahan awal padanya program-program ilmiah. Sambil-sambil kaderkan dia.


Kaum ibu yang mencuba.



Tukang tengok dan tukang komen..

Dalam khusus tu saya penceramah tu beri beberapa taklimat mengenai khusus sembelihan.

Syarat melakukan penyembelihan:

1. Yang tukang sembelih kena orang Islam.

2. Binatang yang nak disembelih tu kenalah yang halal dimakan sahaja (cuba teka monyet halal dimakan ke tak?)

3. Binatang yang nak disembelih tu haruslah ada hayat mustaqirrah (masih bernyawa dengan baik).

a. Ustaz tu cakap,kalau nak tau tanda binatang tu ada hayat mustaqirrah, pertama kita boleh tengok samada binatang tu masih dapat mengelupur dan ada tindak balas selepas disembelih. Selain tu, bila binatang tu disembelih darah dia akan memancut keluar.

Jadi, jika anda sembelih binatang yang dah “nyawa-nyawa ikan” dan tiada dua tanda hayat mustaqirrah ni, maka sembelihan tu tak sah. Tapi kalau binatang tu dah “nyawa-nyawa ikan” , namun selepas disebelih masih terdapat dua tanda hayat mustaqirrah maka sembelihan tu dikira sah.

4. Semasa anda sembelih binatang tu, pastikan urat halkum (pernafasan) dan urat marikh (pemakanan) terputus.


Ni gambar yang saya ambil dari jarak dekat menggunakan handset k550i saya. Handset berkamera ni memang banyak manfaat termasuklah untuk berdakwah.


Ni gambar dari jarak jauh. Ayam ni disangkut kat pokok bunga oleh sorang peserta selepas selesai slot praktikal sembelihan dan sementara untuk masuk dewan untuk sesi perasmian penutup. Lepas tu diorang akan ambil untuk dibawa balik rumah.

5. Alat yang digunakan tu mestilah tajam (cuba anda bayangkan kalau kita sembelih lembu guna pisau tumpul).Ustaz tu kata kita boleh guna tulang, kuku atau gigi asalkan ianya tajam.


Perkara sunat yang boleh dilakukan:

a. Menghadap kiblat

b. Baca Bismillahirahmannirrahim. (mengikut Dr Wahbah Zuhaili tak sesuai baca BismillahiRahmanirRahim masa sembelih binatang tapi baca Bismillahi Allahuakbar).

c. Putuskan dua urat darah (wajdain) pada tengkuk binatang tersebut (urat ni agak sukar nak dikenal pasti tapi kalau anda perhatikan betul-betul urat ni memang ada).

d. Berlemah lembut semasa nak sembelih binatang tu.

e. Bagi minum pada binatang tu dulu.

f. “menyenangkan”kan binatang tersebut mati (contoh, lepaskan ikatan tali yang digunakan untuk ikat bintang tu selepas selesai sembelih).


Selepas disembelih, ayam tersebut dibiar untuk “acara bebas”. Supaya ia dapat mati dengan selesa. Mungkin ni la saat-saat sakaratul maut…

g. Tak sembelih binatang tu depan kawan or sedara mara dia (memang trauma binatang tu kalau tengok kawan dia kena sembelih depan mata).

Ada juga ayam yang terputus kepala.



Walaupun kepala bintang sembelihan tu terputus,hukumnya sah sembelihan tu. Tapi nampak macam kejam la sikit kan?. (Ada dua ekor yang terputus kepala. Nak buat camne, tak sengaja).

Selepas tamat slot praktikal sembelihan tu, para peserta pakat bawak balik ayam.

Kaum ibu...


Kaum bapa..

Kaum bapa..

Ni yang dapat saya dapat kongsikan bersama.kalau ada tersalah boleh tegur.Sekian.

P/s: sayang betul saya dan adik terpaksa balik sebaik sahaja tamat slot praktikal sembelihan tu (sebab keluarga nak balik kampung) dan tak sempat nak hadir majlis perasmian.
Kalau tak, dah dapat sijil penyertaan(sijil penyertaan je bukan sijil penyembelihan. Kalau nak sijil penyembelihan kena pergi khusus khas dan ada ujian-ujian yang harus diduduki. Kalau ada sijil penyembelihan tu, anda layak bekerja di pusat-pusat penyembelihan). Walau apa pun alhamdulillah dapat ilmu bermanfaat. Terima kasih ya Allah.

1 comment:

Sharifah Naja said...

Salam Ehsan.. Syabas krn berjaya mengikuti kursus sembelihan tu. Mama pun harap, 4 org hero mama nanti punya jiwa mukmin macam Ehsan. Tapi ada seperkara yg Ehsan tulis tentang "sembelihan walaupun terputus kepalanya... nampak kejam". Mama rasa tak sedap hati Ehsan gunakan perkataan kejam. Seorg muslim atau mukmin tidak pernah kejam. Hanya ada ihsan. Mama baru terbaca dlm buletin "Suara Masjid" tentang sembelihan cara Islam. Ia pengetahuan yg bagus utk org2 yg kecut perut mcm mama. Mama masukkan sedikit dari petikan tu dlm blog mama http://newdesigner.info/mamanumiyn. Jemputlah baca.