Followers

Saturday, January 10, 2009

Hang sokong Hamas ke Fatah?

Semua orang tahu Palestin bergolak 'lagi'. Itu semua orang tahu.

Tapi tahu setakat mana? Kalau hanya tahu setakat setiap hari ramai yang mati, ramai yang kena bom...itu sudah biasa didengar. Itu berita tersurat..

Tapi ada yang tersirat mengenai isu di Palestin ni. Tak semua orang tahu. Tak semua orang faham.

Biar saya dedahkan pada anda semua apa yang tersirat.

Kalau ada yang dah tahu anggaplah sebagai perkongsian dari saya.

Apa yang saya nak dedahkan ialah,berkaitan Hamas dan Fatah.

Kedua pertubuhan ni adalah parti politik d Palestin.

Cuma dulu Palestin diperintah oleh Fatah. Tapi setelah pilihanraya yang terbaru di Palestin beberapa tahun lalu, Hamas puladiberi amndat memerintah Palestin.

Siapa yang memberi mandat?
Sudah tentulah rakyat Palestin.


Bila Hamas mula memerintah Palestin, negara tersebut makin bergolak. Pergolakkan tersebut makin dahsyat berbanding dari zaman pemerintahan parti Fatah. Bermula dengan sekatan ekonomi dari US hinggalah ke serangan besar-besaran oleh Israel pada hari ini.

Kelihatannya, amerika dan Israel semakin memberi tekanan kepada Palestin semasa Hamas memerintah.

Kenapa ya?

Jawapan kepada persoalan inilah yang tersirat.


Ia adalah kerana IDEOLOGI parti yang di bawa oleh setiap parti masing-masing.




Bagi Fatah, ideologi yang di bawa adalah SEMANGAT KEBANGSAAN. atau dalam bahasa mudah perjuangan Fatah ni adalah atas dasar mempertahankan kedaulatan tanah air mereka, Palestin. Mereka mempertahankan Palestin kerana ia negara mereka.
(wikipedia : Ideology;Palestinian nationalism,Left-wing nationalism,Social democracy)





Manakala bagi Hamas pula, ideologi perjuangannya adalah AGAMA iaitu Islam. atau dalam bahasa mudahnya, perjuangan Hamas ni atas dasar mempertahankan kedaulatan agama Islam
di bumi Palestin. Mereka mempertahankan Palestin kerana ia negara umat Islam.
(wikipedia: Ideology ;Palestinian nationalism,Sunni Islamism,Religious nationalism)

boleh rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Hamas
http://en.wikipedia.org/wiki/Fatah


Ok jelas?


Kalau jelas saya akan teruskan penerangan saya.

Oleh kerana perjuangan Hamas adalah perjuangan Islam maka sudah tentulah Yahudi-yahudi di Israel sangat membenci dan rasa tergugat.

Yahudi memang terkenal membenci Islam.

Rasa benci si Yahudi pada Islam ni memang telah dibuktikan dalam Quran. FirmaNya:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."
Al-Baqarah : 120


Oleh itu tidak pelik lah kalau ISrael dan Amerika(proksi/boneka Israel) sangat memusuhi Hamas. Bahkan sifat permusuhan pada Hamas lebih dari mereka mereka musuhi Fatah.

Sbb itulah untuk serangan ISrael kali ini, mereka cuba "memadamkan" terus Hamas dari Palestin.

Tak lain tak bukan kerana Ideologi perjuangan Hamas itu sendiri. Iaitu ISlam!

Jadi secara tersiratnya, Yahudi menyerang Palestin bukan sekadar untuk menghapuskan Hamas, tetapi juga menghapuskan perjuangan ISlam di Palestin.

Maka peperangan antara ISrael dan Hamas di Palestin juga adalah peperangan antara agama. The battle between Jew and Islam.

Maka,inilah yang tersirat.

Rakyat Palestin terpaksa "membayar" harga yang mahal kerana memberi undian yang besar kepada Hamas hingga dapat memerintah Palestin. Mereka membayar dengan darah,sekatan ekonomi dan serangan dari Israel dan negara-negara yang bersekutu dengannya.

Mereka sanggup memilih parti yang memperjuangkan ISlam (Hamas) dari parti yang memperjuangankan semangat kebangsaan (Fatah)untuk memerintah bumi Palestin.

Tapi kenapa?

kerana perjuangan Islam itulah satu-satunya yang benar dan mencakupi semua aspek. Dalam perjuangan Islam juga, mereka juga dituntut mempertahankan tanah air mereka dari dijajah kaum kuffar (Yahudi).


Sekarang rakyat Palesti sokong Hamas dan menolak Fatah, hang pulak sokong Hamas ke Fatah?

P/s : jika anda perhatikan, di Malaysia juga ada parti-parti politik yang ideologi perjuangannya sama seperti Fatah dan Hamas. Fikir-fikrkan...ehem2..

Ehsan Halim

1 comment:

Mohd Isa Abd Razak said...

Assalamualaikum wbt.

Tulisan tuan bermaklumat dan mudah difahami. Teruskan menulis dan belajar hingga ke akhir hayat.

Saya akan berusaha mengikuti entri baharu blog ini.

Wassalam.