" Alhamdulillah, bersyukur kerana saya berjaya memenangi anugerah ni.."
dan begini:
"Insyallah, kalau takde apa-apa kami akan keluarkan album baru bulan depan. Nantikannya di pasaran"
atau begini:
" Doakan akak cepat sembuh supaya akak dapat terus berlakon"
Saya percaya mesti ramai yang pernah dengar kata-kata seperti di atas. Ini adalah antara kata-kata yang sering diucapkan oleh artis-artis Melayu Islam di Malaysia. Cuma permasalahannya ada kesilapan.
Dimana kesilapannya?
Anda perhatikan pada perkataan yang saya 'bold'kan:
" Alhamdulillah, bersyukur kerana saya berjaya memenangi anugerah Juara Lagu tahun ini.."
"Insyallah, kalau takde apa-apa kami akan keluarkan album baru bulan depan. Nantikannya di pasaran"
" Doakan akak cepat sembuh supaya akak dapat terus berlakon"
Perkataan-perkataan tersebut digunakan pada tempat yang salah.
Sebagai contoh:
dalam ayat di atas disebut perkataan Alhamdulillah.
Alhamdulillah itu bermaksud 'segala puji bagi Allah'. Jadi, para artis memuji Allah kerana dikurniakan kejayaan dalam dunia hiburan mereka. Ini adalah satu perkara yang batil. Dunia hiburan yang penuh dengan kemaksiatan dan memusnahkan umat islam itu disandarkan kesyukurannya pada Allah.
boleh ke?
seolah-olah satu penghinaan pada lafaz Alhamdulillah tersebut. Kerana lafaz tersebut adalah satu lafaz hamdalah(pujian bagi Allah).
ni adalah salah satu contoh sahaja. Anda boleh perhatikan banyak contoh-contoh yang lain jika anda menonton tv.
Para artis telah mencampur adukkan kebatilan dan kebenaran ajaran Islam. Astagfirullah..
Jadi, setiap kali anda menonton tv, jangan sekadar melihat dengan mata kepada sahaja. Tetapi lihatlah dengan mata hati dan ilmu.
Dalam tidak sedar kita telah bersekongkol dengan mereka. Dosa mereka terpalit pada kita..
Persoalannya, bagaimanakah kita nak selesaikan masalah ni?
Ini adalah tanggungjawab kita untuk selesaikan. Bersamalah kita fikirkan dan brainstorm idea-idea yang praktikal untuk selesaikan permasalahan cabang ini.
Disamping itu, saya juga nak melahirkan rasa tahniah kepada kumpulan nasyid rabbani atas usaha dakwah yang dilakukan kepada artis-artis yang lain.
ramai artis yang telah 'dinasyidkan' oleh rabbani. Tahniah. Antaranya, Mawi dan amy search. Oleh itu, saya dengan berbesar hatinya untuk meletakkan gambar usaha murni rabbani tersebut.
NI antara latihan nasyid rabbani dan Mawi utk lagu nasyid SAKSI. Lagu nasyid yang sangat best. Anda boleh search di youtube. Lirik lagu tersebut dibuat oleh M Nasir. Lirik yang menceritakan keadaan manusia di padang mahsyar.
Ini pula adalah konsert Rabbani dan Amy search semasa malam sambutan maulidur rasul di Kuala Lumpur. Saya berpeluang tonton di Tv. Amy search memang ada stail dia tersendiri semasa perform atas pentas. Masa persembahan dia berjubah hitam yang punyai belahan di tepi. Gaya pegang microfon dia pun lain. Semasa bernasyid dia akan bengkokkan lututnya terutama masa not yang tinggi. Memang ala rock la masa bernasyid tu. Menarik. Bagi saya, amy search boleh teruskan gaya dia tu. Tak perlu ubah pun selagi ia tidak melanggar syarak. Yang perlu diubah adalah apa yang dinyanyikan dan pakaian mereka.
Selain dari bernasyid bersama Amy search dan Mawi, Rabbani juga pernah bernasyid dengan siti nurhaliza semasa sambutan maulidurasul tersebut. Tetapi saya tak berminat utk letakkan gambar tersebut kerana saya agak kurang setuju apabila perempuan bernyanyi di kalayak ramai.
dan saya pun rasa Rabbani mungkin terpaksa. Lagipun, rasanya rabbani pun belum pernah buat lagu feat bersama siti nurhaliza.
Bagi saya kalau siti nurhaliza bernyanyi bersama artis nasyid wanita yang lain sambil disaksikan oleh audien wanita sahaja saya sangat sokong.
Tapi ada ke kumpulan nasyid wanita yang nak ajak siti nurhaliza?
Selain rabbani, ada juga para ulama yang turut sama-sama berdakwah pada artis.

Tahniah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan YB Salahuddin Ayub.
Golongan yang berdakwah kepada artis nampak, jika berjaya menarik seorang artis ke arah kebaikan ibarat menarik beratus orang lain juga.
Kerana di belakang seorang artis ada beratus orang lagi yang meminatinya.
Sebab tu saya sangat gembira apabila micheal jackson masuk Islam dan menukar namanya kepada Mikail. Dia didakwah oleh kawan baiknya yang beragama Islam.
Ini adalah kisah usaha individu-individu tertentu yang berdakwah kepada golongan artis.
Apa pula usaha kita?

No comments:
Post a Comment