Followers

Monday, March 9, 2009

Cita-citaku


Satu hari nanti bila aku dah tiada,

biarlah jenazahku disolat oleh jutaan manusia,
oleh para pimpinan jemaah islam, para ulama, para pemuda pemudi,
seperti jenazah arwah ust fadil nor, satu M’sia turun ke Kedah semata-mata utk solatkan jenazah beliau…
seperti jenazah ustaz ibrahim Libia, yang sering menjadi buah mulut orang ramai, menjadi inspirasi kepada mereka yang rindu syahid..

Satu hari nanti bilaku dah tiada,

Harap ada sesuatu yang dapatku tinggalkan untuk umat ini,

seperti apa yang bakal ditinggalkan oleh Dr Harun Din yang mengasaskan institusi darul Syifa, yang cawangannya semakin berkembang kini,
yang jumlah pelajar yang lahir dari institusinya semakin bertambah dan tersebar seluruh pelosok negara,

dan seperti juga kelas-kelas tahfiz yang bakal ditinggalkan oleh Ust Naza ku -guru kelas tahfizku semasa di sekolah dahulu,
yang pada awalnya kelas tahfiz yang diasaskannya bermula dengan hanya dengan 2, 3 buah kelas sahaja,
namun kini, jumlah kelas tersebut bertambah puluhan buah kelas tahfiz dan disertai ratusan orang pelajar MML.

Satu hari nanti bilaku sudah tiada

Harapnya ada sesuatu harta yang dapatku wakafkan untuk jemaah,

Seperti seorang pakcik tua yang ku kenali, yang mewaqafkan kebunnya utk ahli jemaah untuk bermukayyam dan berprogram.

Seperti kisah seorang makcik tua yang miskin, yang menginfakkan RM10 melalui seorang ust sambil berkata: ”Ust, hanya ini sahaja yang mampu saya berikan untuk perjuangan ini’. Pengorbanan yang ditunjukkannya membuatkan ust tersebut sebak sewaktu menceritakan kisah ini.

Seperti satu kisah seorang ahli ikwan muslimin di mesir yang menjual basikalnya semata-mata utk mendapatkan duit untuk kegunaan jemaah,
Yang menyebabkan dia selalu terlewat ke daurah-daurah kerana terpaksa berjalan kaki...hingga bila ahli ikwan yang lain dapat tahu akhirnya mereka mengumpul duit untuk membelikan basikal baru untuknya.

Mungkin satu hari nanti bilaku sudah tiada, aku dapat wakafkan ’sekurang-kurangnya’ sebuah bilik mesyuarat utk jemaah,
atau sebiji motor untuk memudahkan para mahasiswa ber’gerak’ di kampus,
Atau mungkin hanya sekadar dengan mewakafkan sepuluh buah kerusi plastik untuk
Tidak kisahlah sebesar mana pun harta tersebut,
Yang pastinya aku tidak akan ’pulang’ bertemu Allah dengan tangan kosong tanpa tinggalkan sesuatu pun untuk jemaah tercinta ini..

Ini adalah cita-cita kecilku ,
Sebelum aku bertemu tuhanku,
Dan sudah pastilah di sana ada cita-cita Agung lain yang tidak tertulis di sini,

Ini adalah cita-citaku,
kamu pula bagaimana?



bersama adik usrah di sekolah lama, Maahad Muhammadi Lilbanin (MML).

2 comments:

iluvgreenish said...

insyaAllah... tiada usaha yang sia2 andai diniatkan kerana Allah...ingat x lagi akan kisah seekor burung kecil yang menolong Nabi Ibrahim A.S ketika baginda dibakar di dalam api yang panas??? sama2lah kita amik iktibar dari kisah 2 ek, insyaAllah...

Muhammad Ehsan B Abd. Halim said...

ya...
yang penting usaha.

Allah tak tanya kita buat berjaya atau tidak..tapi Dia tny kita buat atau tak...

masa tu mulut terkunci dan tiada alasan mampu direka...hanya anggota badan bersuara dan bersaksi..

persoalannya, bersediakah kita?

-ehsanhalim-