Followers

Monday, May 11, 2009

UMNO akan terus memerintah Malaysia buat selamanya...



“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang HAK itu MENGHANCURKANNYA, Maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya)”. (Al-Anbiya:18)

UMNO akan terus memerintah Malaysia buat selamanya...sehinggalah sebuah parti yang membawa obor ISLAM datang menghancurkannya!

Begitulah keyakinan saya. Keyakinan ini bukan dibuat-buat tetapi ia berakar umbi. Ia aqidah saya. Saya yakin pada janji Allah. Anda boleh baca ayat di atas. Yang HAK akan hancurkan yang BATIL.
Dalam konteks Malaysia, secara terus terang saya katakan yang BATIL itu adalah UMNO dan yang HAK itu adalah sebuah parti yang memperjuangkan ISLAM.

Kenapa yang batil itu UMNO?

Kerana penubuhan UMNO bukanlah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia adalah parti perkauman. Ia memperjuangkan Melayu.Saya tidak memperjuangkan Melayu walaupun saya sendiri orang Melayu. Kerana saya memperjuangkan Islam, agama Allah. Memperjuangkan agama Allah ada pahala dan janji syurga. Sedangkan perjuangkan Melayu dapat apa?


Islam itu untuk semua. Ia tiada sempadan bangsa dan negara. Siapa kata Islam itu untuk Melayu sahaja. ia untuk semua.

Bagi saya, jika ada dikalangan orang cina atau India yang Muslim di Malaysia dan dia pula 'alim disamping ada bakat kepimpinan, saya setuju kalau dia dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Buat apa nak masih nak letakkan syarat jadi PM mestilah dikalangan orang Melayu sahaja?

Kalau Melayu dah teruk dan merasuah sahaja, hingga agama Islam pun hancur ditangannya. Lebih baik Allah datangkan sahaja orang yang berbangsa Cina atau India yang Muslim jadi PM. Boleh mereka lebih baik membawa obor Islam di Malaysia.

Boleh jadi ada antara mereka dari sudut ilmu agamanya sehebat para ulama di kalangan orang Melayu dan mereka pula lebih gigih memperjuangan Islam. Tidak mustahil Allah boleh ambil mereka, menggantikan orang Melayu yang sebahagian dari mereka meruntuhkan agama Islam itu sendiri. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh Allah.

Firman Allah:

" Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan pula satu kaum yang Allah kasihkan kepada mereka dan mereka juga kasih kepadaNya. Mereka bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap tegas (gagah) terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka pula tidak takut pada celaan orang yang mencela....."

Sekarang pun, bukan takda dikalangan mereka ni yang hebat dari sudut ilmu agamanya walapun baru beberapa tahun menganut Islam. Antaranya seperti Ust Farid Ravi Abdullah, Bro
Shah Kirit Kakulal Govindji, Nicholas Styvester, Ann Wan Seng dan ramai lagi.

Ust Farid Ravi Abdullah

Saya sendiri semasa belajar di sekolah dahulu, pernah ada Ustaz saya yang mualaf berbangsa cina. Namanya Ust Faleh Lai. Dari sudut keilmuannya, Masyaallah hebat. Beliau tamat belajar dari Universiti Madinah.

Kelihatan penulisan saya kali ini agak berani. Saya tidak peduli. Kebenaran tetap kebenaran.

Walaupun saban hari saya dimomokkan oleh rakan-rakan dan para pensyarah,

"Awak pelajar, tidak boleh BERPOLITIK".

Itu kata mereka. Ah, saya tidak peduli. Lagi pun saya sekarang bukan berpolitik pun. Saya hanya menganalisis dan memahami politik.


Para pensyarah saya kata pelajar tidak boleh berpolitik tetapi mereka sendiri yang mengajar saya berpolitik.

Buktinya, semasa saya menjadi NYDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yag lalu, saya dan beberapa rakan JPP lain diminta oleh seorang pensyarah HEP supaya menghadiri satu Kovensyen halatuju melayu di PWTC. Katanya kami adalah wakil kampus Ipoh.
Yang lebih menarik ia adalah anjuran Kelab UMNO luar negara! Yang UMNO ni bukan politik ke namanya?


Ia juga bermakna UMNO sendiri masuk ke dalam sistem pendidikan negara. Jijik betul.


Saya masih ingat, pensyarah yang suruh saya pergi ke kovensyen tu cakap pada saya:


"Ya Ehsan, you are the person who must to go".

Saya hairan. Kenapa dia bersungguh benar nak suruh saya pergi? Bila tengok-tengok balik surat maklumat kovensyen tu ada tertulis pada latterhead surat "KELAB UMNO LUAR NEGARA." Baru saya tahu. Mungkin dia rasa saya ni orang hijau kot? Jadi dia suruh saya pergi untuk clearkan fikrah hijau tersebut dan isi dengan fikrah UMNO.


Hahaha..

Atas dasar hormat saya pada pensyarah tersebut, saya pun pergi. Disamping menanam niat pada hati untuk mendapatkan sedikit pengalaman. Dalam konvensyen tersebut, saya lihat budaya mengampu cukup tinggi. Mereka mengampu pemimpin. Disamping tu, saya juga tengok mereka bergaduh sesama mereka semasa sesi perbicangan. Memalukan.

Seperkara yang saya tidak boelh lupa berkenaan konvensyen tersebut, tentatif program(yang kebanyakkannya pembentangan kertas kerja) tidak ada masa untuk solat zohor. Memang tidak ada. Tapi masa makan ada. Lepas selesai satu
pembentangan kertas kerja, semua hadirin makan, lepas tu sambung balik. Tak solat. Tak ke gila?

Memang patutlah Allah hancurkan sahaja UMNO dan semua parti-parti sekular lain yang seangkatan dengannya. Sesungguhnya mereka semua adalah JAHILIAH MODEN.

Islam tidak akan bersama-sama jahiliah. Ia akan tertegak di atas runtuhan jahiliah kerana sifatnya yang INQILABIAH!


Lihatlah mereka di atas, mereka menjadi mangsa doktrin jahiliah UMNO. Mungkinkah anda mangsa seterusnya?

P/S:


1-Dalam gambar tersebut, saya terpaksa sensorkan wajah mereka kerana bimbang mengaibkan individu tersebut.


2-Ir Nizar MB perak yang sah. Zambry jadi ape pula sekarang?

5 comments:

Cik Hijau said...

Terkesan pergolakan kampung halaman?

H.R PuTeRa YuSoFF said...

salam.
penulisan yg menarik dan berani. pendedahan yg bertanggunjawa.
saya follow blog awak kerana penulisan menarik. harap awak juga follow saya

ehsanhalim said...

to cik hijau: lebih kurang begitu la.

to putera yusof: kenapa blog awak saya xdapat buka. camne nak follow.

thoyyibah said...

Assalamua'laikum..
tahniah..
jarang sekali mahasiswa IPG seberani ini..
semoga istiqamah dalam usaha saudara..
mohon kebenaran link ke blog ya..

Unknown said...

Ust Faleh Lai belajar kat Mekah, bukan Madinah