Followers

Thursday, October 8, 2009

Kawan saya

Kawan saya

Saya ada kawan. Nama kawan saya Nur Hazizi Bin Amir Hamzah. Dia tinggal di Tanjung Sepat, Selangor. Dia merupakan anak sulung dalam adik beradiknya. Saya suka berkawan dengan dia kerana dia seorang yang baik hati dan peramah. Dia mempunyai suara yang merdu. Saya sangat suka mendengar dia membaca Al-Quran dan bernasyid.

Selain mempunyai suara yang merdu, Hazizi juga seorang cemerlang dalam pelajaran. Di dalam kelas dia sentiasa menjadi rujukan saya dan rakan-rakan yang lain dalam subjek Fizik, Kimia dan Biologi.

Dalam gambar di atas, Hazizi sedang memegang hadiah yang telah dimenangi oleh kelas kami. Dia sangat gembira. Hadiah tersebut merupakan hadiah bagi pertandingan kuiz Sains sempena sambutan kemerdekaan di institut saya. Kelas saya telah mendapat tempat pertama. Hazizi adalah merupakan ketua kumpulan kami semasa menjawab kuiz Sains tersebut.

Kesimpulannya, saya sangat beruntung kerana mempunyai kawan seperti Hazizi. Saya berharap persahabatan kami akan berkekalan.




P/S: Kepada cikgu-cikgu BM tolong periksa tatabahasa dalam karangan Bahasa Malaysia saya ini. Terima kasih.dah lama tak belajar BM :)

2 comments:

Mohd Isa Abd Razak said...

Salam.

Nur Hazizi Bin Amir Hamzah (bin – b huruf kecil)
Saya suka berkawan dengan dia (tidak silap tetapi lebih baik “dengannya”)
membaca Al-Quran (membaca al-Quran)
seorang cemerlang (yang gramatis “seorang yang cemerlang”, namun “seorang” lebih baik digugurkan)
sedang memegang (tidak salah tetapi lebih baik jikalau “sedang” digugurkan)
telah dimenangi (lebih baik “dimenangi” sahaja tanpa “telah”)
telah mendapat (lebih baik gugurkan “telah”)
adalah merupakan (gugurkan “adalah” sebab kata pemeri ini tidak boleh berada di hadapan kata kerja)

Ayat mantap – sempurna subjek dan predikatnya.

Rujuk: (1) http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/02/batasan-penggunaan-kata-pemeri-adalah.html (2) http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/05/ajakan-menggugurkan-telah-dan-akan.html (3) http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=al-Quran&domain=PRPM (4) http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=bin&domain=PRPM

Saya berharap tuan membenarkan saya untuk menjadikan karangan ini sebagai bahan ulasan untuk masukan blog saya. Jikalau tuan dapat memaparkan karangan tulisan murid sekolah rendah, lebih baik.

Wassalam.

ehsanhalim said...

terima kasih cikgu kerana sudi periksa karangan versi darjah dua saya..

banyaknya salah.selama ni menulis tak kisah tatabahasa sangat. Dah terbiasa dengan ayat mesej dalam handphone.

mungkin penggunaan ayat dalam handphone zaman kini boleh menggugat tatabasa BM.

saya berbesar hati jika cikgu nak guna karangan saya ni untuk bahan ulasan dalam blog cikgu. Mudah-mudahan ada manfaat. Boleh juga saya tumpang pahala.


p/s: kepada kawan-kawan yang kos BM harap boleh belajar dengan Cikgu Mohd Isa Abd Razak. :)3944