Followers

Tuesday, May 18, 2010

Thobur

kali ini saya nak bercakap berkenaan 'thobur'. Anda tahu apa itu thobur? Jika tidak tahu baguslah. Saya pun tidak berhasrat nak beritahu. Biar orang tertentu saja tahu. Ataupun biar orang yang bersungguh-sungguh nak tahu apa maksud thobur tu sahaja yang tahu.

Sengaja saya tidak mahu beritahu dalam ruang posting kali ini, sebab apa yang saya nak catatkan dalam posting ini saya akan labelkan sebagai ILUSI.

Setiap post saya yang berlabel ILUSI, saya akan tersiratkan mesejnya. Apa yang tersurat itu bukan mesejnya, tetapi yang tersirat itulah sebenarnya mesejnya. Mengapa begitu? Kerana ada mesejnya ibarat membidikkan sesuatu kepada sasaran. Seperti mana pemburu yang berhati-hati ketika membidikkan sasarannya, maka seperti itu juga saya berhati-hati menyorok mesej posting saya yang berlabel ILUSI. Masakan tidak, blog ini pensyarah pun baca.

Thobur

Kat kampus saya ada thobur. Dan mungkin juga anda. Jadi bila mana kita bercakap tentang kampus,ia mungkin menyentuh orang yang berada di atas bukit. Orang atas bukit boleh nampak kita yang berada di kaki bukit. Jadi, kita yang berada di kaki bukit, bila nak memberitahu sesuatu pada orang yang berada di atas bukit kena berhati-hati. Takut-takut dibalingannya batu dari atas kalau apa yang hendak diberitahu itu tidak kena dengan seleranya. Hemm..

Thobur, kadang-kadang buat saya jadi menyampah. Boleh juga jadi geram. Boleh juga jadi nak lawan. Tapi orang lain yang berada di dalam thobur ni, nampaknya tak da apa-apa. Tapi saya pula yang apa-apa! Kenapa?

Konon thobur ni, nak jadikan dia nampak islamik, maka pelatih yang paling alim akan ke hadapan. Membaca-baca meminta sesuatu mudah-mudahan thobur itu diberkatiNya. Ini semua mengarut. Masakan thobur yang terpalit padanya jahiliah moden hendak diberkati Allah SWT. Malaikat rahmat pun tidak sudi nak lalu thobur tersebut, inikan pula Allah nak berkati.

Maka thobur pun bermula, lima jari diangkat, lafaz diucap. Semua orang seperti beriman dengan apa yang diucap. Saya pula, jangan harap nak ucap. Itu lafaz-lafaz yang meliberalkan Islam. Mana boleh kepercayaan pada Allah disamping tuhan-tuhan lain. Mana boleh mendaulatkan undang-undang si Eropah itu, yang kita pakai sekarang inilah. Anda melafazkannya? Anda tunggulah Disana nanti.

Kononnya itu formula ajaib atas nama perpaduan. Perpaduan-perpaduan juga, Quran dan Sunnah jangan lupa. Ia harus selari. Matahari yang gagah membara itu pun, tetap taat pada perintah Tuhannya. Sejak dari dulu lagi. Sebelum kita lahir lagi. Sebelum orang atas bukit itu lahir lagi.

Bila thobur ini sudah jadi budaya, maka semua macam dah terpedaya dengan apa yang disusun di dalamnya. Memang berjaya ghazwah fikr golongan nasionalis ni. Pelatih yang hanya taqlid buta memang mudah terpedaya. Hanya mereka yang akalnya sentiasa mencabar dan suka bertanya sahaja akan nampak permainan ghazwah fikr ni. Jika tidak teliti, anda juga mungkin akan terteguk arak ghazwah fikr ini semasa dalam thobur. Perisanya pelbagai. Jika nak tahu apa perisanya, tanyalah orang yang belajar usulludin dan aliran pemikiran semasa. Tanyalah, jika tidak, mungkin selamanya anda akan terteguk ia. Padan muka. Padan muka kerana sikap kita yang malas bertanya. Dalam Quran pun suruh bertanya pada ahlinya sekiranya kita tak tahu.


Rasulullah sendiri, semasa menyebarkan Islam, baginda ditentang, kerana baginda menentang. Baginda menentang jahiliah dan nilai-nilainya sampai ke akar umbi. Disamping itu, baginda mengajak para sahabatnya menanam benih-benih Islam dalam masyarakat Jahiliah itu. Supaya pohon yang tumbuh itu menghancurkan semalu-semalu jahiliah yang telah lama mendiami bumi Mekah itu. Kerana pohon-pohon itu juga bersifat inqilabiah, ia tidak boleh berkongsi tanah bersama semalu jahiliah. Hanya dia sahaja yang boleh tumbuh.

Maka, saya pun begitulah. Cuba ikut macam nabi. Cuba nak tanam pohon-pohon yang sama juga di bumi kampus saya ini. Disamping itu juga perlahan-lahan menyingkirkan semalu-semalu itu. Saya mulakan dalam thobur.

Cumanya, dalam mencabut semalu-semalu tersebut, saya mungkin terluka jari kerana tajamnya durinya. Disamping perlu berhati-hati kerana mungkin orang atas bukit marah mencabut semalu tersebut, kerana dia yang menanam dan menjirus air padanya saban hari supaya sentiasa tumbuh.

Apa pun saya tidak kisah. Jari terluka ke, kena marah dengan orang atas bukit ke, yang penting pokok mesti ditanam, semalu mesti dicabut. Biar seiring. Jika asing-asing, maka itu tak betul. Nah, jika tidak percaya buka surah Al-Imran 104.

Saya percaya akan ada yang bersama-sama membantu saya. Kita bina wehdatul fikr dan wihdatul amal. Kita lawan sama-sama ghazwatul fikr itu. Dalam thobur itu. Macam mana, nak bersama saya?




p/s: Kalau nak tahu thobur tu apa, blh mesej or mail saya.Tapi saya tak janji untuk beritahu.




2 comments:

Abe Yu said...

saya tahu apa itu thobur..sapa nk tahu xpayah mesej atau emel saya..heheh

ana_MUSLIMat said...

adik2 banyak tanya apa itu thobur... jenoh juge mencari...dah lama tinggal bahasa arab...alhamdulillah, tahu dah maknanya..syukran atas entry yang indirect...orang yang faham sahaja faham...hidup Islam, hancur jahiliyyah!!