Followers

Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Menjadi Golongan Mukhlisin dalam Berjuang

Dengan nama Allah

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar" (Al-Bayyinah: 5)

Golongan yang terselamat dari godaan syaitan adalah golongan yg ikhlas dalam setiap kerja buatnya. Semua yang dia lakukan adalah kerana Allah semata-mata. Begitu juga dalam perjuangan Islam, seorang kader dakwah itu hanya akan terselamat sekiranya dia benar-benar ikhlas dalam setiap perbuatannya. Perjuangan Islam bukan perkara yang mudah. Musuhnya keliling pinggang. Ada yang nampak ada yang tidak nampak. Musuh terbesar bagi seorang kader dakwah itu ada dirinya sendiri. Sekiranya, dia berhempas pulas berjuang dan bekerja untuk Islam, namun dirinya ada kepentingan lain maka sudah pastilah apa yang dilakukan sepanjang hidupnya menjadi debu yang berterbangan. Sia-sia disisi Allah.

" Ana selalu muhasabah. Kadang-kadang kita ada perselisihan pendapat dengan sahabat-sahabat kita masa mesyuarat. Di luar mesyuarat, masa sambil-sambil bawa kereta kita akan muhasabah balik diri. ..."isk, aku tak patut buat macam tu". Walaupun kita rasa apa yang dibuat tu salah." kata naqib saya semasa dalam usrah.

Muhasabah amat penting dalam perjuanganngan ini. Bahkan untuk kehidupan kita keseluruhannya supaya kita tergelincir dari perjuangan Islam yang sebenar. Niat kita juga sentiasa berpaut padaNya. Bila kita ikhlas dalam berjuangan, saat itu Allah akan melihat usaha kita. Dia akan membantu kita. Merindui munajat kita. Para makhluk di langit akan sentiasa menyebut-nyebut nama kita. Setiap masa para malaikat akan membawa amal soleh kita dalam perjuangan itu untuk dinilai di sisi Allah.

" Biar semua orang benci pada kita tapi makhluk di langit akan menyebut-nyebut nama kita" teringat kata-kata taujihat(motivasi) senior saya di Maahad. Lebih kurang lima tahun dahulu. Saya masih ingat hingga ke hari ini, buat bekalan saat lemah. Ketika itu kami sedang bertamrin dan bermukhayyam(berkhemah) di bawah badan displin untuk kami para pengawas sekolah.

Mendengar kata-kata tersebut cukup mengharukan saya ketika itu. Untuk menjadi pengawas sekolah tidak mudah. Tambah-tambah sekolah yang sama gender dan sekolah aliran agama yang agak syadid(tegas). Cercaan rakan dan cemuhan yang diterima bukan sikit. Ramai yang membenci dari yang suka.

Memang menjadi trademark di Maahad Muhammadi, kuasa pelajar memang kuat. Pengawas atau panggilannya dhobit(bahasa arab) memimpin gerakan pelajar. Zaman saya dulu kami pernah menghantar memorandum, berdemontrasi. Lantang menyatakan bantahan terhadap kemungkaran.
p/s Gambar barisan pengawas zaman adik-adik saya sekarang yang sedang memimpin seluruh pelajar berdemontrasi membantah IFC. Lagi gambar di sini.


Namun itulah harga untuk sebuah perjuangan. Kepentingan diri ditolak seketika, yang penting obor kebenaran tetap digenggam meskipun kadangkala bahang apinya panas menyambar tangan. Dalam hempas pulas itulah menempa sedikit demi sedikit pengalaman. Mengajar dan memahamkan kami pengertian ikhlas secara praktikal dan bukan hanya mengunyahnya secara teori di dalam kelas.

Golongan yang muklisin (ikhlas)

Untuk menjadi golongan yang muklisin dalam berjuang bukan mudah. Di kalangan umat Islam yang faham kewajipan berjuang menegakkan Islam, Di kalangan yang menegakkan Islam tidak ramai yang mampu istiqamah. Di kalangan yang istiqamah pula belum tentu semuanya ikhlas.

Untuk tergolong dalam golongan yang mukhlisin bukan semudah yang disangka. Jiwanya perlu halus. Hatinya perlu lembut. Komunikasi dengan tuhannya di dalam solat perlu hidup. Bisikan nurani sentiasa beralun, memuji dan memuja Tuhannya. Mungkin tiada yang tahu tapi itu rahsia hatinya. Penuh rahsia.

Ikhlas dalam berjuang adalah syarat kemenangan Islam. Bila kita ikhlas, tiada hasad dengki dan agenda peribadi yang dilampirkan secara tersirat semasa memberi cadangan di dalam mesyuarat. Tiada alasan yang dibuat-buat semasa arahan untuknya diberikan. Semuanya "sami'na wa ato'na" -kami dengar dan kami taat.

bukan mudah untuk mendapat pekerja yang benar-benar taat kepada majikannya. Jika ada, sudah pasti si majikan tersebut akan sanggup membayar gaji yang tinggi supaya pekerja tersebut terus bekerja dengannya. Bahkan mungkin majikan tersebut akan sentiasa menaikkan pangkat si pekerja yang ikhlas itu.

Begitu juga bekerja untuk Islam. Majikannya Allah. Pekerjanya kita. Allah akan membayar 'gaji' yang paling tinggi dari kalangan kita yang benar-benar ikhlas. Dia juga akan 'menaikkan pangkat' kita di sisiNya dari kalangan kita yang paling tinggi ikhlasnya. Hanya Dia yang tahu. Dia sahaja yang menilai. Justerus, rebutlah 'pangkat' paling tinggi di sisi Allah.

Saya teringat dalam satu program yang sertai dahulu. Selepas slot ceramah, saya bawa ustaz yang memberi ceramah menikmati sedikit jamuan. Saya agak rapat dengan beliau. Mengutip ilmu dan pengalaman dari mereka yang lama di medan. Dia merupakan seorang pejuang yang teguh. Ketika di UM dahulu dia pernah menjadi presiden Persatuan Mahasiswa Islam.

Sambil menjamu hidangan tersebut beliau menyelit tarbiah kepada saya,

" orang boleh futur(putus asa) dalam berjuangan ni macam-macam. Kadang-kadang sebab terasa hati hati je " kata-kata tersebut menusuk kalbu.Saya simpan dalam-dalam.

"Ustaz, doakan ana. Ana pun risau ni. Ana takut lepas habis kampus ana senyap" . Memang itu kebimbangan saya. Jumpa dengan sesiapa pun saya akan minta mereka doakan saya terus istiqamah. Sudah ramai yang kecundang selepas tamat alam kampus. Dia hanya jadi 'daie kampus' bukan 'daie ummat'. Dunia perjungannya hanya di kampus.

Sedangkan dunia perjuangan golongan mukhlisin adalah seluruh hidupnya. Ya, seluruh hidupnya.


Tuesday, October 19, 2010

Akhirat Oriented dan Dunia Oriented



Dengan nama Allah yang Maha Tahu

Melihat kepada suasana kampus tercinta sekarang agak merimaskan.Keadaan semuanya berubah dari zaman ketika saya mula-mula masuk IPG ipoh pada akhir 2006.

Jika dilihat keadaan sahsiah para pelajarnya cukup membuatkan kita rasa bimbang. Masalah semakin banyak. Bila timbul satu masalah, tidak berapa lama sudah timbul masalah baru.

Masalah ini bagi warga IPGKI yang ideologi sekular atau mengamalkan Islam Liberal ia bukanlah masalah. Masalah yang saya maksudkan adalah masalah pelajar yang tidak solat, bercouple, tidak bertudung, pakaian yang tidak sopan dan lain-lain lagi.

Masalah-masalah ini tidak termasuk dengan gejala HEDONISME sebahagian besar para pelatih. Budaya ilmu sama sekali mati. Saya seorang yang berminat dengan sesuatu yang bersifat fakta, ilmiah, pengetahuan semasa dan lain-lain. Jadi, program2 seperti seminar, ceramah, bengkel, bedah buku, dialog, debat dan lain-lain antara perkara yang saya buru. Program-program seperti ini saya akan kejar sepenuhnya ketika waktu cuti semester. Setiap kali saya jumpa poster atau banner tentang seminar di mana-mana tempat seperti di USM transkerian, masjid, dan lain2 saya akan pergi. Biasanya saya akan bawa adik-adik bersama.

Bila saya berada di IPGKI ini, saya kehairanan mengapa hanya sekelumit sahaja golongan yang mempunyai minat yang sama dengan saya? Hanya sedikit dari kalangan rakan-rakan yang boleh dibuat bersembang untuk membincangkan buku-buku baru, isu semasa atau apa sahaja yang bersifat ilmiah. Jika bertanya tentang tokoh2 ilmuan dalam negara atau penulis2 buku, tidak ramai yang mereka kenali.

Begitu juga pensyarah, tidak ramai yang saya dapat dengar perkongsian hasil kajian PHD beliau. Ilmu yang disampaikan kebanyakkan hanya sekitar apa yg terdapat dalam silibus. Namun, ada beberapa orang pensyarah yang saya rasa sangat berilmu. Mereka inilah yang sering saya jadikan individu untuk saya berbual berkaitan kajian-kajian yang dibuatnya. dari apa yang dikongsikan, kita boleh rasakan bacaannya luas.

Di kampus jika ada yang menganjurkan aktiviti ilmiah biasanya jarang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan program2 yang berbentuk hedonisme.

Sedangkan sepatutnya warga IPGKI ini sepatutnya komuiti yang paling menggilai ilmu kerana mereka ini bakal guru. Guru modalnya ilmu.



Kepercayaan dan Cara berfikir yang rosak

Semua yang berlaku ini adalah kerana kepercayaan dan cara berfikir yang rosak. Kepercayaan yang dimaksudkan adalah aqidah. Apabila manusia rosak kepercayaannya, maka dia menjadi DUNIA ORIENTED dan bukan AKHIRAT ORIENTED.

orang yang dunia oriented tidak pernah fikirkan tentang nasibnya kehidupannya yang seterusnya(akhirat). Apa yang dia tahu, kejar dan enjoy segala-galanya dihadapan mata utk kebahagian hidupnya di dunia. Selagi mampu segalanya mungkin.

Golongan manusia seperti ini adalah mrk yang sia-sia kehidupan dunianya dan celaka di akhirat kelak. Mereka inilah yang Allah sebut di dalam surah As-Sajadah mereka akan minta untuk pulang ke dunia semula utk beramal soleh.

Bagi golongan yang akhirat oriented, mereka akan sangat berhati-hati semasa hidup di dunia. Mereka ini akan pastikan apa yang dilakukan adalah sesuatu yang membolehkan malaikat di sebelah kanannya mencatat dan bukan malaikat yang berada di sebelah kirinya.

Hampir semua perkara dalam hidupnya, jika boleh ingin dipastikan semuanya ada pahala. Tidur, makan, belajar, belanjakan duit, bekerja, berjalan, senyum dan gosok gigi, basuh baju dan lain-lain lagi diharapkan dapat pahala. Kehidupan akhirat oriented adalah cara hidup para sahabat nabi. Mereka sering muhasabah nasib mereka di akhirat nanti.

Secara jujurnya, saya sendiri rasakan bahawa kehidupan akhirat oriented amat mencabar dan susah tetapi tidak mustahil. Saya cuba praktikan dalam semua perkara dalam kehidupan. Berperingkat-peringkat. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara dalam hidup.

Sebagai contoh perkara kecil seperti, bila setiap kali saya makan nasi, kadang-kadang terasa ingin menambah nasi kerana mungkin lauknya sedap. Walaupun pada ketika itu saya sudah kenyang. Bila terfikir balik, jika saya tambah nasi ketika itu, ia mungkin adalah nafsu dan bukan lagi makan untuk hilangkan kelaparan. Jika makan kerana nafsu, makan pada ketika itu bukan lagi ibadah. Ia adalah sia-sia untuk akhirat. jadi lebih baik ditinggalkan.

Namun, keadaan boleh berubah dalam situasi yang lain. Contohnya, jika tuan rumah hidangkan makanan yang banyak dan sekiranya kita makan sekadarnya mungkin akan membuatkan banyak makanan yang membazir dan mengguris perasaan tuan rumah, maka ketika itu lebih baik kita menambah makanan tersebut. Lagi pun, adab tetamu yang mengunjung ke rumah saudaranya, mestilah cuba menggembirakan hati tuan rumah. Jadi, ijtihad saya pada ketika itu, menambah sedikit lagi makanan walaupun sudah kenyang masih mendapat pahala kerana niat untuk gembirakan tuan rumah. Cuma, jangan makan sampai memudaratkan.

Kesimpulannya, pastikan apa yang kita lakukan adalah akhirat oriented hatta ketika anda membaca blog ini dan saya yang sedang menulisnya saat ini.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56].


Hakikatnya tidak sukar untuk hidup akhirat oriented kerana Allah memang design kita seperti itu. Lihat pada ayat di atas, Allah menciptakan kita untuk beribadah. Jika mustahil untuk kita beribadah sepanjang hidup kita, mengapa Dia boleh menyatakan kita ini diciptkan untuk beribadah kepadanya semata-mata?

Konsep ibadah dalam Islam sangat luas. Apa yang kita buat kerana Allah dan mngikut syariat maka itu ibadah.

Bila apa sahaja kita lakukan di atas dunia ini, kita pastikan dengan niat kerana Allah, maka sebenarnya kita telah menjadikan seluruh kehidupan kita ibadah. Bila semuanya ibadah maka, kita seorang yang mementingkan pahala dan keredhaan Allah. Hanya manusia yang kehidupannya akhirat oriented sahaja yang mementingkan pahala dan keredhaan Allah.


Dunia itu cuma ibarat satu jambatan yang kita lalu untuk ke menuju kehidupan kekal abadi. Tidak lebih dari itu.


Dunia ini ibarat jambatan, sedangkan akhirat itu ibarat rumah kita yang terletak disebelah jambatan tersebut. Kita sedang menyeberangi jambatan tersebut untuk menuju ke rumah di sana. Ramai yang seronok di atas jambatan hingga terlupa jambatan itu bukan destinasinya.

Guna kehidupan di dunia sepenuhnya untuk kehidupan di akhirat.

Tuesday, September 14, 2010

Ahmed Deedat & Comparative Religion

Dengan Nama Allah yang Maha Esa.

Salam Aidilfitri.

Untuk posting kali saya berminat untuk berkongsi dengan anda semua berkaitan bidang baru which I was addicted; comparative religion (ilmu perbandingan agama).

Sepanjang cuti ini, saya banyak peruntukkan masa untuk study tentang ilmu perbandingan agama. Kebetulan adik saya yang belajar di UITM Arau yang sedang bercuti memberi saya video debat Ahmed Deedat dengan Stanley Sjoberg di Gereja Stockholm (Is Jesus God?) dan debat Dr Zakir Naik dengan Dr William Cambel (Quran and Bible in the light of Science).
Sheikh Ahmed Deedat

Stanley Sjoberg


Dr. William Cambel


Selepas menonton video tersebut saya terasa sangat berminat dengan ilmu perbandingan agama. Minat terasa seperti ketagihan. Selepas menonton satu video, terasa tidak sabar untuk menonton video seterusnya. Youtube antara sumber utama saya.

Minat yang tumbuh dalam diri kita sebenarnya akan mekar apabila kita semakin faham dan mengenali perkara yan kita minat. Selama ini saya amat minat ilmu comparative religion, tapi tidak berpeluang untuk memahaminya. Saya beli banyak buku tentang debat kristian islam tapi saya tak mampu untuk membacanya kerana tidak faham. Saya mula menganali ilmu comparative religion semasa bersekolah di Maahad Muhammadi. Ketika itu saya dan rakan-rakan berpeluang menghadiri satu talk yang disampaikan oleh Brother Shah Kirit. beliau berkongsi tentang pengalaman tentang pengislamannya dari Hindu ke Islam.
Brother Shah Kirit-Anda boleh download ceramahnya tentang agama hindu dari youtube.Dari video tersebut banyak komen-komen emotional yang ditulis oleh individu tak bertanggungjawab.

Minat ini semakin mendalam selepas saya masuk ke IPG dan berpeluang menghadiri Interactive DAkwah Training (IDT) di IPG Ilmu Khas dan mendengar talk dari Brother Lim Joi Soon, Brother Amin dan Cikgu Kamarul(if I not mistaken his name).

Selama ini saya menonton debat Ahmed Deedat, tapi rasa bosan. Bosan kerana tidak faham apa yang dia perkatakan. Asyik-asyik petik ayat-ayat dalam Bible dan saya pula langsung tidak faham bagaimana nak guna Bible.

Pertama kali jumpa bible semasa saya pinjam Bible dari sahabat saya, Akh Syakur untuk digunakan semasa IDT. Setiap peserta dibekalkan Bible utk rujukan. Punyalah jakun(orang kelantan panggil 'darak') saya dengan Bible ni, sampai bila saya nak pegang Bible saya terfikir " eh, kena ambik air sembahyang ke tak nak pegang Bible ni?".

Bila fikir balik memang lucu dan terasa teruk. Tapi itulah hakikatnya, doktrin kita majoriti orang Islam( especially Malay) ramai yang rasa satu 'jenayah besar' bila ada Bible dan tambah-tambah belajar Bible. Termasuklah adik-adik saya. Sebab itulah kita susah utk berdakwah kepada non muslim di Malaysia.

Alhamdulillah dalam ramadhan tahun ni, saya dan rakan-rakan bersama pensyarah berjaya menjemput Brother Lim untuk sampaikan Professional Talk di dewan sambil di dengari oleh student dan pensyarah muslim dan non muslim. Di akhir ceramah tersebut kami berjaya menarik minat ramai pensyarah dan student non muslim untuk menerima Quran terjemahan dalam pelbagai bahasa (BI, tamil, mandarin dan malaysia).

Kenangan bersama Brother Lim(berbaju hitam) selepas sesi soal jawab.



Sheikh Ahmed Deedat: From Zero to Hero

Bila saya mengkaji profil Sheikh Ahmed Deedat(meninggal pada 2005), saya dapati ia sangat mengagumkan. Dia adalah seorang biasa yang tidaklah mempunyai latar belakang pendidikan formal yang hebat. Tetapi Allah telah memberikan kebaikan dalam kehidupannya (dan kehidupan akhiratnya juga Insyallah) dengan ilmu-ilmu perbandingan agama terutama Kristian dan Islam.

Sheikh Ahmad Deedat adalah seorang yang lahir dari sebuah keluarga miskin. Tinggal di Afrika. Beliau tergerak untuk menjadi seorang yang pakar ilmu perbandingan agama apabila beliau sering di permainkan dengan persoalan demi persoalan yang mengilirukan oleh pelajar misionari kristian yang belajar di sekolah berhampiran dengan rumahnya.

Setiap kali soalan ditanya, Sheikh Ahmad Deedat berkata dia hanya mempu menjawab" I dont know". Semua sejarah hidupnya anda boleh tonton di youtube: The Life of Ahmad Deedat..
Video tersebut ada 6 parts. Saya benar-benar cadangnya.

Sheikh Ahmad Deedat meninggal akibat sakit strok. Dia terlantar di hospital bertahun-tahun dalam keadaaan tidak boleh bergerak dan bercakap. Namun, dalam keadaan tersebut, dia masih lagi berdakwah kepada tetamu yang datang menziarahinya dengan matanya!. Saya ulangi, dengan matanya.

anda boleh bacanya di sini: Ahmed Hoosen Deedat

Atau anda boleh tonton bagaimana Sheikh Ahmed Deedat berkomunikasi dengan krew tv3 yang datang menziarahinya di Hospital di sini. Rasa sedih dan terharu bila menontonnya.

Selepas kematiannya, beliau meniggalkan banyak saham akhiratnya iaitu video-video tape, buku, kemudahan-kemudahan lain untuk orang ramai mengenali Islam. Disamping, beliau telah membantu ribuan non muslim menjadi seorang muslim.

Hingga kini, saya rasakan saya ada dua tokoh Islam abad 21 yang memberikan inspirasi kepada saya. Jika sebelum ini, saya hanya ada satu, kini bertambah kepada dua orang iaitu, As-syahid Hassan Al-Banna dan Sheikh Ahmad Deedat.

As-Syahid Hassan Al-Banna adalah tokoh gerakan islah manakala Sheikh Ahmed Deedat adalah tokoh gerakan dakwah.

As-Syahid Hassan Al-Banna saya kagum dengan pemikiran dan manhaj gerakan islah(revolusi) yang syumul dan masih dipraktikkan berakar umbi hingga sekarang. Meskipun beliau telah lama tiada. Hingga kini saya masih tercari-cari kunci dan cara beliau berfikir hingga boleh menggagaskan idea-idea besarnya tentang gerakan Islah yang syumul dan praktikal. Insyallah jika dapat tahu, mudah untuk kita Alhamdulillah

Manakala sheikh Ahmed Deedat saya kagum dengan ilmu dakwahnya. Dia sangat bijaksana berdebat dengan paderi dan pastor kristian. Beliau juga mengasaskan Islamic Propagation Center International (IPCi). Kini IPCi berkembang dengan amat pesat. Anda boleh lihat laman webnya di sini. Memang hebat. Ramai yang masuk Islam hasil program dakwah yang dilakukan di sana. Alangkah bahagianya Sheikh Ahmed Deedat di alam barzakh menikmati pahala dan ganjaran hasil ilmu dan kemudahan untuk penyebaran Islam yang beliau tinggalkan.

Kenapa Comparative Religion/perbandingan agama?

Selama ini mungkin kita pernah dengar, " kalau nak berdakwah kepada non-muslim, kena tunjukkan akhlak yang baik"

Jadi, saya cuba amalkan seperti mana yang dikatakan. Tapi timbul dalam pemikiran saya, sampai bila nak tunjuk akhlak yang baik? Bila nak mula ceritakan " sembahlah Allah", " Muhammad itu Rasulullah" dan lain-lain. Saya seperti agak buntu untuk mula menyamaikan mesej.

Bila saya kaji melalui tengok video-video interview mereka yang telah masuk agama Islam saya tertarik dengan kata-kata seorang wanita kristian yang telah masuk Islam:

" I don't want people tell WHAT religion but WHY I should embrace the religion?"

Rupa-rupanya, kita sepatutnya menceritakan kepada non muslim kenapa kamu perlu beragama Islam, bukan "marilah masuk Islam". We need to use WHY and not WHAT.

Sekiranya kita guna method why, cara dakwah kita akan bersifat menerangkan. Segala yang diterangkan perlu bersifat ilmiah.

contohnya, kita kena terangkan:

-bukti kebenaran Quran dan kepalsuan Bible.
-bukti, Jesus is not God.
-perkara yg meragukan dalam Hinduism

Semua ini, jika kita tidak belajar comparative religion kita tidak mampu menerangkan kerana dalam comparative religion kita akan belajar semua ini.

saat ini, di US seramai 10 ribu orang setahun masuk Islam mengikut satu berita yang saya baca. Saya terfikir, bagaimana US yang merupakan bukan Islam dan mengalami Islamopobia yang tinggi akibat serangan Twin Tower dan isu pembinaan masjid di Ground Zero boleh mempunyai peratusan orang masuk Islam yang tinggi. Ramai tokoh-tokoh baru seperti Yusof Ester, International Islamic Speaker muncul di sana.
Yusof Estes, an Ex-Christian Pastor

Sekarang ini, ada seorang tokoh hebat comparative religion ialah Dr. Zakir Naik. Beliau bukan sahaja kuasai Bible malah kitab-kitab hindu. Beliau pernah berdebat secara terbuka dalam Peace TV dengan Sri Sri Ravashankar tentang konsep The concept of God in Hinduism and Islam. Anda boleh downloadnya di Youtube.
Dr. Zakir Naik, seorang doktor perubatan. Kini diharamkan untuk berceramah di India.
Sri Sri Ravi Shankar

Namun, Malaysia sebagai sebuah negara Islam kelihatan agak slow dalam peratusan yang masuk Islam berbanding di Eropah. Jika diikutkan peratusan yang muslim dan non muslim di Malaysia, masih ramai. Di IPG saya sahaja boleh dikatakan 40% adalah non muslim.


Kesimpulannya, saya cadangkan kita semua cuba dalami ilmu perbandingan agama. Kepada rakan-rakan dari IPG dan IPTA yang belum jemput mana-mana tokoh pakar perbandingan agama dari Perkim utk datang ke kampus anda, silalah buat demikian. saya boleh bantu anda dengan hubungi saya di 0134028464 atau email rijalun_ameen@yahoo.com.my atau fb : ehsan halim.

Kepada rakan-rakan IPG Ipoh, Brother Lim ada maklumkan dia ada ceramah di UITM Penang pada 29sept. Dalam perjalanan ke sana, dia akan singgah di Kampus kita utk berkongsi video2 perbandingan agama sebanyak 40GB secara percuma(sila bawa external harddisk masing-masing) dan buat sedikit sesi ceramah bersamanya. Sebarang maklumat akan di confirmkan semula dengan Ust zakaria.

Sekian.
Islam Adil Untuk Semua.


p/s: Sekarang ni saya tertarik untuk menghabiskan menonton siri debat Anis Sorrosh (seorang Kristian Arab dari Palestin) dengan Ahmed Deedat di Albert Hall.


Anis Sorrosh



Debat tersebut turut dihadiri oleh Yusof Islam, ketika itu beliau masih muda.


satu lagi, Brother Lim ada bagitau, pada 24 n 25 Sept ini ada Interactive dakwah Training (IDT) di USM penang. sesiapa berminat boleh sertai. Untuk baca pengalaman saya semasa di IDT boleh taip sini: Bila Ehsan sudah jatuh cinta..

Saturday, May 29, 2010

Amalan Kita yang Manakah paling Baik?


Suatu ketika, satu sesi daurah akan berlangsung yang akan disampaikan oleh Imam as-Syahid al-Banna. Saat itu ramai ikhwan mujahidin yang sedang mempersiap dewan.


Suatu saat, mereka melihat Imam as-Syahid berjalan masuk ke dewan, dan mereka maklum bahawa al-Banna pasti akan hadir tepat waktunya, cuma tika itu sedikit awal.


Ia menceritakan bahawa al-Banna berjalan ke tempat timbunan kerusi, kemudian dia bersama ikhwan mujahidin yang lain turut menyusun kerusi untuk mempersiapkan dewan tersebut.

As Syahid membawa mesej kepada seluruh pejuang Islam bahawa : BAHAWA BELIAU TIDAK TAHU AMALAN YG MNAKAH LEBIH DIREDHAI ALLAH SWT, menyusun kerusi atau berdiri dihadapan ikhwan untuk menyampaikan ucapan


sahabat-sahabat, bagaimanakah amalan kita?



Orang yang beruntung di akhirat nanti adalah mereka yang setiap kali sebelum melakukan sesuatu perkara, hati kecilnya akan sentiasa berbisik;

"Aku buat ini keranaMu wahai Allah"

Wednesday, May 26, 2010

Sekolah Masa Depan


Kehebatannya dari sudut infrasturktur, teknologi media pengajaran, kurikulum yg terkini dan bertaraf dunia dan lain-lain lagi.

Mungkin dewan sekolah tu saja dah canggih macam ni



Atau tandas dia saja menggunakan teknologi tinggi dan bersih seperti ini.



Eh, tapi nanti dulu. Sebelum kita fikir lebih jauh. Mari kita tengok keadaan sekolah di Malaysia sekarang. Di mana tahap tamadun pemikiran warganya?



Anda boleh bayangkan tak jika ada sebuah sekolah di Malaysia ni yang:

-Aktiviti merogol pelajar perempuan di dalam kawasan sekolah(dalam kelas kosong semasa rehat) adalah perkara yang rutin.

-hingga ada mangsa yang dirogol berkali-kali dalam masa 3 minggu!

-pensil sepanjang 4 cm, botol minyak cap kapak dan ice dimasukkan dalam 'private part' pelajar perempuan tersebut!

-gejala memeras ugut sebagai wang pelindungan adalah amalan rutin. Jika tidak bayar pelajar tersebut akan dibelasah.

-Sekolah menjadi pusat edaran Ketamin A, heroin. Semuanya di supply oleh pengedar dadah yang berada di luar sekolah.

-Bila ada pelajar perempuan yang dicabul oleh 8 pelajar lelaki, semua orang buat tak nampak.


Banyak lagi perkara yang saya tak sanggup nak tulis. Bila semua perkara ni dilaporkan pada guru, guru hanya boleh jawab:

We are powerless against bully boys


Saya syorkan anda baca sendiri lah!





Semasa saya menonton berita ni bersama ust Zakaria, dalam Malaysia Hari Ini selepas solat Subuh dalam tv di Pusat Islam, kami berbincang. Apa sebenarnya punca masalah kita sekarang sampai sekolah jadi macam ni?

Ust kata: " Hedonisme"

AF la, Mentor la, dan macam2 lagi...Budaya ilmu dah tak da di sekolah.

Saya setuju dengan ust. Sebenarnya, sebab yang lebih besar adalah SISTEM kita. SISTEM yang kita pakai di Malaysia ni adalah SISTEM JAHILIAH. SISTEM yang kerajaan kita guna pakai,ia bukan dari acuan Islam. Tidak rujuk Al-Quran Sunah.

Bila SISTEM JAHILIAH, maka produknya juga adalah MASYARAKAT JAHILIAH. rogol, gugur anak, bunuh, judi..semua tu bukankah dah ada zaman JAHILIAH dulu? Jadi sama je lah kita sekarang ni. sekarang ni pun JAHILIAH juga! Cuma mungkin kita panggil JAHILIAH MODEN.


Tiada gunanya kerajaan develop kurikulum hebat2 utk semua sekolah-sekolah di Malaysia, tapi dalam masa sama meruntuhkannya dengan benda-benda negatif seperti develop pusat judi, halalkan judi dalam sukan, memajukan perusahan kilang arak (Carlsberg di Shah Alam), develop akademi Fantasia, benarkan lesen disko dan lain-lain.

Ibaratnya, seperti satu golongan membina tamadun, satu golongan lagi meruntuhkan.

Kalau Malaysia ini ditadbir dengan cara Islam, perkara batil dan hak ni tak boleh hidup sekali kerana sifatnya yang INQILABIAH(Kebenaran Islam itu dibina di atas runtuhan kebatilan jahiliah.)

Kenapa INQILABIAH ini tidak berlaku dalam pemerintahan di Malaysia yang mengaku sebagai negara Islam? Sebabnya adalah:

kerana Malaysia hanya diperintah oleh orang Islam namun kerajaannya, bukan kerajaan Islam.

samalah dengan apa yang berlaku dengan Turki, pemimpinnya(Mustafa Kamal Attartuk) adalah seorang yang mengaku Islam, namun melaksanakan pemerintahan sekular(sampai sekarang mengaku kerajaan mereka adalah sekular).

Malaysia dan Turki sama ja konsepnya.

Hingga baru-baru ini pun, kerajaan Malaysia telah menghalalkan judi dalam bola sepak. Orang yang setuju judi tu halal, maka boleh terbatal syahadahnya. Kerana dia menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Tapi kalau dia berjudi tapi dalam hati dia mengaku apa yang dia buat itu haram, maka syahadah dia tidak batal. tapi dia berdosa.

Perkara ni sama konsepnya dengan orang yang kata, solat fardu tak wajib.Sedangkan Allah kata wajib. Mereka ini menidakkan hukum Allah. batal syahadahnya. Tapi kalau dia tak solat, namun tidak menafikan solat itu wajib, dia tidak terbatal syahadah. Tapi hanya berdosa.



Jadinya

Kalaulah ada seseorang tu, dia bersubahat dalam kes bunuh, polis akan tangkap dia juga bersama pembunuh tersebut. Walaupun dia tidak membunuh. Kerana dia bersama-sama dengan pembunuh menjayakan jenayahnya.

Jadinya, samalah dengan sebahagian mak ayah kita yang bersubahat dengan golongan pemerintah yang melakukan kemungkaran di Malaysia ni.Sokong pemerintah ni. Mereka ini akan tanggung dosa juga. Walaupun mak ayah kita tidak buat kemungkaran. Tetapi mak ayah kita bersama-sama dan sokong golongan yang memerintah Malaysia yang tidak melaksanakan Islam serta memakmurkan Malaysia dengan kemungkaran demi kemungkaran.

Anda boleh lihat nasib golongan yang sokong pemerintah yang zalim dalam firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67:


يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَالَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَ(66)وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَ

Maksudnya:

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar."


Menurut ust Shuid kemungkaran terbesar (Mungkar Akbar) manusia adalah : TIDAK MELAKSANAKAN SEMUA PERINTAH-PERINTAH ALLAH DALAM QURAN DALAM SEMUA ASPEK HIDUP MANUSIA.

baik dalam perundangan, pendidikan, ekonomi, hiburan dan lain-lain lagi.

Yang berlaku di Malaysia sekarang, kita hanya melaksanakan perintah-perintah yang kita suka sahaja. Contohnya, mewujudkan Lembaga Zakat. Kenapa perintah Allah terhadap zakat sahaja kerajaan Malaysia laksanakan? Kerana, zakat menguntungkan ekonomi negara! tapi bagaimana pula perintah pengharaman judi?kenapa tidak dilaksanakan?

jawapannya kerana......(anda sendiri lah jawab)


p/s: ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Maka persaksikanlah!

Thursday, December 3, 2009

Syukurlah dapat bertuhankan Allah


Kita sering mengucap syukur bila dikurniakan nikmat. Baik nikmat dalam rezki, nikmat dalam kejayaan peperiksaan dan pelbagai lagi. Ini semua adalah nikmat-nikmat yang 'Tuan punya dunia' kurniakan kepada kita selaku 'benda yang diciptaNya'.


Sebagian nikmat milikNya diberikan kepada semua 'benda yang diciptaNya' baik kepada Si Kufur mahupun kepada Si Ingkar. Ini semua adalah jasa sifat Maha PemurahNya, nikmat-nikmatNya yang luas itu disuapkan juga pada setiap mulut-mulut Si Kufur dan Si ingkar. Meskipun mereka-mereka ini tidak menerimaNya sebagai tuhan mereka.


Namun, dalam lautan nikmatNya yang Maha Kaya itu, tidak semua nikmat tersebut diberikan pada 'benda yang diciptaNya'. Ini adalah kerana sebahagian nikmat-nikmatNya bersifat ’eklusif’. Nikmat-nikmat esklusif ini hulurkan pada mereka bertuhankanNya. Nikmat-nikmat eklusif ini adalah nikmat syurga, pahala keredhaanNya dan lain-lain. Jadi mustahil jika si Kufur boleh menikmatinya.


Seperti kasihnya seorang majikan terhadap sebahagian pekerja-pekerjanya yang baik budi pekerti dan bersungguh dalam bekerja, maka diberikan ganjaran yang lumayan pada mereka.
Begitu juga Allah, sudah pastilah Dia berhak memilih-milih dalam memberi ’ganjaranNya pada 'benda yang diciptakanNya'.

Mana mungkin si kufur hendak dibenarkan masuk dalam Jannatul MakwaNya yang mulia? Sudah tentulah mereka ini hanya layak direndam saja dalam SakarNya yang sentiasa lapar dengan pendosa. Biarkan Zabaniah mencela mereka kerana mereka ini mencela Penciptanya semasa dalam gelumang sampah dunia.


Renung

Bila merenung kepada tuhan-tuhan yang dicipta oleh tangan-tangan dan imaginasi batil si kufur, kita harus menadah tangan syukur. Syukurlah kita tidak bertuhankan 'itu'.


Bukannya si kufur tidak tahu. Tapi kerana kesombongan telah membusung lama dalam diri mereka. Akhirnya mereka memilih bertuhankan apa yang dibuat oleh tangan mereka sendiri dari bertuhankan Allah.

"Sungguh, dahulu apabila dikatakan kepada mereka , "La ilaha illallah" (Tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah), mereka menyombong diri. ” As-Soffat: 35

Maka padanlah Nar Jahim itu menjadi tempat tidur mereka kelak. Makhluk bertanduk terlaknat dan sembahan itu telah sedia ternanti di sana mengalu-alukan kehadiran mereka.

(Diperintahkan kepada malaikat), ” Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan apa yang dahulu mereka sembah, selain Allah, lalu tunjukanlah kepada mereka jalan ke neraka” As-Soffat: 22&23

Bila melihatkan tuhan-tuhan si kufur, hati ini panas. Panas kerana ada manusia yakin di sana masih ada tuhan selain Allah. Termakan makar serta tipu daya si syaitan terlaknat. Makhluk inilah yang meracuni anak cucu Adam supaya tidak bertuhankan Allah.

Ingin sahaja saya mencontohi datuk kita Ibrahim.

Kemudian dia(Ibrahim) pergi dengan diam-diam kepada berhala-berhala mereka, lalu dia berkata, "Mengapa kamu tidak makan?(1)"

"Mengapa kamu tidak menjawab?"

Lalu dihadapinya(berhala-berhala) itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya.
Kemudian mereka(kaumnya) bergegas kepadanya.

Dia(Ibrahim) berkata,” Apakah kamu menyembah patung-patung yang kamu pahat itu?
Padahal Allah jua yang menciptakan KAMU dan apa yang KAMU PERBUAT itu”.

As-Soffat: 91-96


Bersyukur.

Tiada apa yang dapat diabadikan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga kepada Allah melainkan seluruh jiwa raga ini diserahkan sepenuhnya buat ketaatan kepadaNya.


Tiada nikmat yang paling agung selain dapat bertuhankan Allah. Tidakkah amat malang dan hinanya di akhirat kelak jika semasa di dunia kita tidak terpilih sebagai seorang yang menjadikan Allah sebagai tuhan??


Justeru, marilah kita menyinsing lengan menyelamatkan mereka yang masih belum bertuhankan Allah. Mudah-mudahan mereka dapat sama-sama meneguk manisan madu Tauhid.


Pinjaman

Seperti mana semua nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah itu bersifat pinjaman semata-mata. Boleh sahaja bila-bila masa direntapNya kembali. Maka begitu juga nikmat agung itu. Nikmat bertuhankan Allah. Boleh sahaja ditarikNya kembali. Bila-bila masa.


Buktinya, bukankah telinga kita ini sering sahaja mendengar ramai manusia akhir zaman ini yang bertuhankan Allah saat keluar dari rahim si ibu dan menjadi si kufur pula di hujung nafasnya yang terakhir?


Takut

Maka tiada perkara yang lebih besar kita risaukan andai nikmat agung ini direntap olehNya dari kita. Sesungguhnya, Dia sama sekali tidak perlukan kita yang hina lagi celaka ini. Tapi kita yang tidak tahu malu inilah yang sentiasa merengek memerlukanNya.

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji." Al-Fatir: 15





(1) Mengejek berhala-berhala itu,kerana dekat berhala itu sudah banyak diletakkan makanan-makanan yang baik sebagai sajian-sajian. (Al-Quran dan Terjemahan: Pustaka darul Iman)


P/s: Tiada nikmat yang paling agung selain iman dan Islam.