Followers

Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Malam Pembentangan Manifesto

Alhamdulillah, malam pembentangan manifesto 1 bagi calon-calon JPP berjalan dengan lancar. Jemput semua utk hadir malam manifesto 2 pada 30 September 2010.Bertempat di dewan Sri Melati.

Hari pegundian adalah pada 4 Oktober 2010.

Wednesday, September 22, 2010

Thursday, August 26, 2010

Jazakallah Kepada Penyumbang

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memudahkan proses pembelian penapis air di Pusat Islam.

Di sini saya dan rakan-rakan jawatankuasa Biro Agama ingin menyucapkan jutaan terima kasih kepada :

-rakan-rakan pelatih
-para pensyarah
-alumni Biro Agama dan Kerohanian (OUM)
-individu perseorangan

atas sumbangan untuk membeli penapis air bagi kegunaan Iftar Ramadhan di Pusat Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Bila projek ini dilancarkan, sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

bahkan jumlah wang yang disumbangkan sekarang ini, melebihi jumlah yang diperlukan. Apa pun, wang yang lebih tersebut akan digunakan bagi keperluan penyelenggaraan penapis air tersebut kerana setiap setahun sekali penapisnya perlu digantikan.

Alhamdulillah atas sokongan semua pihak penapis air tersebut berjaya dibeli dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Semoga Allah SWT mengganjarkan pahala dan rahmatNya kepada kita semua.

Bayangkan berapa ramai ahli jemaah yang datang berbuka puasa di Pusat Islam dan minum air dari penapis tersebut, maka sebanyak itulah pahala yang akan diperolehi oleh kita yang menyumbang.

Teruskan menyumbang kerana Allah SWT tahu apa yang kita lakukan:


" Dana apa pun infak atau nazar yg kamu janjikan, maka sungguh Allah mengetahuinya.."
Al-Baqarah ayat 270.


Menyumbang di Pusat Islam IPG Kampus Ipoh ini mungkin tidak sama dengan menyumbang di masjid-masjid di luar sana. Antaranya kerana Pusat Islam IPG Kampus Ipoh ini bukan sekadar tempat solat seperti sebahagian masjid-masjid di luar.

Di Pusat Islam ini, tempat solat, tempat mesyuarat, tempat pencerahan ilmu, tempat study group, tempat tengok astro, tempat basuh baju (mesin basuh), tempat pentadbiran Biro Agama, tempat berusrah, tempat berniaga, tempat beriadah, tempat jamuan BBQ, tempat buat rujukan dari koleksi buku2 di perpustakaan mini dan lain-lain. Ia adalah segala-segalanya bagi warga muslim di IPG Kampus Ipoh.

Semua ini adalah selepas Ustaz zakaria dan pensyarah-pensyarah lain bersama rakan-rakan ahli Biro Agama dan Kerohanian menukar polisi Surau Al-Hidayah yang hanya berfokus pada ibadah khusus(solat, zikir, baca quran) kepada Pusat Islam yang berperanan sebagai PUSAT KOMUNITI WARGA MUSLIM.

Sebab itulah tidak pelik sekiranya hampir setiap malam walaupun sudah lewat jam 11 malam, Pusat Islam masih ramai pelatih dengan aktiviti masih-masing.

That what so special with our Pusat Islam!


sekian.
Islam Adil Untuk Semua.




FADHILAT SEDEKAH

Ulama’ berkata: Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat.

Lima di dunia:

1. Membersihkan hartanya
2. Membersihkan badannya
3. Menolak bala dan penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amalan
5. Berkat hartanya dan diluaskan oleh Allah rezekinya

Lima di akhirat:

1. Dinaungkan oleh Allah orang yang bersedekah pada hari kiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratumustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

Wednesday, August 11, 2010

Akaun Pahala Yang Sentiasa Aktif

Assalamualaikum.

Saya mulakan post kali ini dengan sama-sama mengajak anda semua merenungi sebuah hadis:


Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda:

“Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam." Amalan ini ialah sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya. - (Imam Bukhari)



dalam bulan Ramdhan ini saya mengajak diri saya dan anda semua untuk membuat sedakah jariah.


Biro Agama dan Kerohanian sedang mengumpul sumbangan untuk membeli penapis air untuk dapur Pusat Islam kami.
Penapis air imtiyaaz

Kosnya adalah sebanyak RM598. Penapis air ini sangat diperlukan bagi memudahkan pengurusan majlis berbuka puasa di Pusat Islam sepanjang Ramadhan ini.

Kepada rakan-rakan, gunakanlah peluang ini untuk mendidik diri dan ahli keluarga anda bersedekah jariah.

Bayangkan sekiranya anda menyumbang duit untuk membeli penapis air ini, setiap kali ahli jemaah surau datang untuk berbuka puasa, maka anda akan dapat pahala.

Selagi mana orang guna penapis air ini, maka selagi itulah anda akan dapat pahala walaupun ketika itu anda telah tiada. Inilah yang dimaksudkan dengan:

Akaun Pahala Yang Sentiasa Aktif

Bila projek ini, dilancarkan, saya terus menghantar mesej pada mak dan ayah saya:

" salam Ramadhan, surau esan kt maktb tengah kumpul sumbangan utk beli penapis air. nak pasang kat dapur. kos RM598. Mak n ayah nak bagi sumbangan? Brapa pun xpa. Sedekah jariah sempena Ramadhan."

Kemudian, dalam masa yang hampir dengan waktu berbuka puasa tersebut, mak saya reply ringkas:

"Insyallah, nanti mak bgtau"



Tujuan saya hantar mesej tersebut untuk memberi peluang pada mak ayah dapat pahala yang berterusan. Selagi orang guna penapis air tersebut, pahala akan terus masuk dalam akaun mak dan ayah saya.

Hatta, kalau mak dan ayah saya sudah tiada nanti pun akaun pahalanya sentiasa aktif.

Kalau nak diikutkan boleh sahaja saya sumbangkan duit saya sendiri tanpa mengajak mak dan ayah saya bersedekah bersama.

Tapi rugilah. Saya seorang je dapat pahala. Takkan di akhirat nanti saya seorang sahaja yang masuk syurga dan meninggalkan mak ayah saya di belakang?

"Tiadalah kebahagiaan seorang anak yang soleh melainkan
dapat bertemu ibu bapanya semula di syurga kelak."


Tarbiahlah ibu bapa kita ghairah mengejar pahala.

Bagi mereka yang ibu bapanya telah tiada, sedekahlah dengan niat pahalanya sampai kepada mak ayah anda. Mudah-mudahan mereka 'tersenyum' gembira di alam barzakh sana.


Sesiapa yang nak menyumbang, boleh sampaikan sumbangan pada:

-Firdaus Jamaludin,Exco Biro Agama 0195508132
-Fawwiza , timb 1 Biro agama 0194194190
atau pada saya Ehsan, timb 2 Biro Agama 0134028464


boleh juga bank in terus dalam akaun biro agama:

CIMB 0813000266206 atas nama bendahari Biro Agama Azizee B Harun
*pastikan anda memaklumkan melalui mesej pada kami sekiranya ada bank in duit dalam akaun tersebut.



Monday, June 28, 2010

PENDEDAHAN: kedai mamak yang pengotor


Dengan nama Allah, Tuhan yang menciptakan Yaumul Qiyamah


Nasi Kandar S. Abdul Rahman

Semalam selepas isyak, saya keluar ke kedai makan nasi kandar S. Abdul Rahman berhampiran dengan kampus saya untuk membeli nasi makan malam.

Saya jarang ke kedai tersebut untuk membeli makanan, tetapi disebabkan semalam saya kesuntukkan masa(hanpir 11 malam) jadi saya pergi ke kedai mamak tersebut untuk membeli nasi. Beli nasi kandar lebih cepat kerana ia ready made berbanding menempah nasi goreng yang mengambil masa yang lebih lama.

Ketika saya sedang membungkus nasi, ada seorang mamak tu sedang membuat murtabak. Selepas siap murtabaknya, dia cuba angkat dari dapur ke pinggan. Ketika dia angkat murtabak tersebut, tiba-tiba murtabak itu terjatuh. Jatuh atas lantai!

Sambil cover line, dia pun ambil semula dengan sudipnya dan letak atas meja. Kemudian, dia betul-betulkan sedikit murtabak tersebut supaya nampak seperti bentuk asal.

" kalau aku tak tegur mamak ni, mesti dia bagi makan murtabak tu pada orang" hati saya terdetik.

Saya pun terus menegur," tak kan u nak bagi makan orang murtabak tu?"

Mamak tersebut terkejut.Dia jadi serba salah.

"Err..buang-buang.." dia menjawab sambil tersengih-sengih. Cover.

Selepas tu saya pun beredar dari situ. Sebelum saya berdar saya memang tak nampak dia buang murtabak tersebut dalam tong sampah.


Kesimpulan:

1-Kedai mamak biasanya memang sangat pengotor. Memang biasanya lauk-lauk yang dijual adalah lauk yang dipanaskan semula. Selagi tak habis.

2- Jika kita lihat kemungkaran depan mata kita wajib cegah dan hebahkan pada orang ramai supaya tidak terlibat dengan kemungkaran tersebut.


3-Lebih baik makan makanan yang dimasak sendiri dari makan di luar. Lebih bersih dan ada keberkatan.

Bermula semester lepas, saya dan adik-adik usrah memasak di dapur pusat Islam dan makan dalam talam. Jimat, bersih dan mengeratkan ukhuwwah. Memakmurkan Pusat Islam juga.

4- Cari pengusaha kedai yang beriman dan amanah sebelum membeli makanan. Kalau saya, sebelum nak beli barang saya akan tengok kriteria penjual tersebut.

Contohnya, bila di pasar malam ada dua orang penjual ayam goreng. Seorang makcik yang jual ayam tu berbaju lengan pendek dan seorang lagi berbaju lengan panjang. Saya akan beli di kedai makcik berbaju lengan panjang kerana dia menutup aurat.

Bila dia menutup aurat, bermakna dia mentaati Allah. Orang yang mentaati Allah, lebih amanah berbanding dengan yang tidak mentaati Allah. Orang yang amanah tidak akan menkianati pelanggannya.

Pasar malam: himpunan orang ramai yang tak solat magrib


Banyak lagi kesimpulan yang anda blh buat sendiri. Fikir-fikirkan.

Nabi pernah bersabda:

"Setiap daging yang tumbuh dalam badan manusia dari sumber yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya"



Sekian.

Islam Adil Untuk Semua

Tuesday, May 4, 2010

Jadual Exam




JADUAL EXAM

PISMP-SAINS SEM 5


20/5/2010:
EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


24/5/2010:
SCE 3109: ENERGETIC IN CHEMISTRY


25/5/2010:
SCE 3110: EARTH AND SPACE


26/5/2010:
PJM 3112: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN


27/5/2010:
ELE 3103: ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY





MARI AMALKAN DOA PENERANG HATI DARI AYAT QURAN:


Terjemahannya: " Wahai Tuhanku! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku."
Surah Thaha: 25-28


P/S: Ma'a taufiq wannajah

Tuesday, February 9, 2010

Promosi Buku Syifaa'ul Qulub: Penawar Hati


Pesan Para Arifbillah:

" MIntalah nasihat dari mereka yang wajahnya ada cahaya, kata-katanya menghidupkan hati dan sebaik-baik manusia ialah orang yang bila kamu melihatnya, kamu mengingati Allah SWT"

-Syifaa'ul Qulub: Penawar Hati





Assalamualaikum

kepada pembaca yang budiman, di sini saya ingin mempromosi sebuah buku Syifaa'ul Qulub: Penawar Hati.

Buku ini dikarang oleh seorang sahabat saya, Afif Yahya dari Insitut Pendidikan Guru Kampus Tengku Bainun.

Beliau merupakan seorang mahasiswa tahun dua bagi kos Pendidikan Islam.

Buku ini sangat bermanfaat kepada mereka yang sentiasa ingin memelihara dan menghidupkan hati mereka.



Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan buku tersebut:

Tajuk: Syifaa'ul Qulub: Penawar Hati

Pengarang: Afif Yahya

Harga : RM7

Muka surat: 30

Membeli sambil menderma.
Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan saya. 0134028464

Sunday, December 28, 2008

Takziah



Takziah atas pemergian pemerintah negeri yang berjiwa rakyat dan amat dihormati, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pagi semalam.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh baginda.

bila tibanya ajal seseorang maka tidak akan dipercepatkan walau sesaat dan juga tidak akan dperlewat walau sesaat.Bersediakah saya?anda?kita?