Followers

Wednesday, August 11, 2010

Akaun Pahala Yang Sentiasa Aktif

Assalamualaikum.

Saya mulakan post kali ini dengan sama-sama mengajak anda semua merenungi sebuah hadis:


Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda:

“Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam." Amalan ini ialah sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya. - (Imam Bukhari)



dalam bulan Ramdhan ini saya mengajak diri saya dan anda semua untuk membuat sedakah jariah.


Biro Agama dan Kerohanian sedang mengumpul sumbangan untuk membeli penapis air untuk dapur Pusat Islam kami.
Penapis air imtiyaaz

Kosnya adalah sebanyak RM598. Penapis air ini sangat diperlukan bagi memudahkan pengurusan majlis berbuka puasa di Pusat Islam sepanjang Ramadhan ini.

Kepada rakan-rakan, gunakanlah peluang ini untuk mendidik diri dan ahli keluarga anda bersedekah jariah.

Bayangkan sekiranya anda menyumbang duit untuk membeli penapis air ini, setiap kali ahli jemaah surau datang untuk berbuka puasa, maka anda akan dapat pahala.

Selagi mana orang guna penapis air ini, maka selagi itulah anda akan dapat pahala walaupun ketika itu anda telah tiada. Inilah yang dimaksudkan dengan:

Akaun Pahala Yang Sentiasa Aktif

Bila projek ini, dilancarkan, saya terus menghantar mesej pada mak dan ayah saya:

" salam Ramadhan, surau esan kt maktb tengah kumpul sumbangan utk beli penapis air. nak pasang kat dapur. kos RM598. Mak n ayah nak bagi sumbangan? Brapa pun xpa. Sedekah jariah sempena Ramadhan."

Kemudian, dalam masa yang hampir dengan waktu berbuka puasa tersebut, mak saya reply ringkas:

"Insyallah, nanti mak bgtau"



Tujuan saya hantar mesej tersebut untuk memberi peluang pada mak ayah dapat pahala yang berterusan. Selagi orang guna penapis air tersebut, pahala akan terus masuk dalam akaun mak dan ayah saya.

Hatta, kalau mak dan ayah saya sudah tiada nanti pun akaun pahalanya sentiasa aktif.

Kalau nak diikutkan boleh sahaja saya sumbangkan duit saya sendiri tanpa mengajak mak dan ayah saya bersedekah bersama.

Tapi rugilah. Saya seorang je dapat pahala. Takkan di akhirat nanti saya seorang sahaja yang masuk syurga dan meninggalkan mak ayah saya di belakang?

"Tiadalah kebahagiaan seorang anak yang soleh melainkan
dapat bertemu ibu bapanya semula di syurga kelak."


Tarbiahlah ibu bapa kita ghairah mengejar pahala.

Bagi mereka yang ibu bapanya telah tiada, sedekahlah dengan niat pahalanya sampai kepada mak ayah anda. Mudah-mudahan mereka 'tersenyum' gembira di alam barzakh sana.


Sesiapa yang nak menyumbang, boleh sampaikan sumbangan pada:

-Firdaus Jamaludin,Exco Biro Agama 0195508132
-Fawwiza , timb 1 Biro agama 0194194190
atau pada saya Ehsan, timb 2 Biro Agama 0134028464


boleh juga bank in terus dalam akaun biro agama:

CIMB 0813000266206 atas nama bendahari Biro Agama Azizee B Harun
*pastikan anda memaklumkan melalui mesej pada kami sekiranya ada bank in duit dalam akaun tersebut.



No comments: