Followers

Friday, August 6, 2010

prac-tee-Qoum: weekend bersama Adik Usrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih

Dalam berusrah ini, kita perlu pelbagai. Saya ikuti usrah sejak tingkatan satu semasa di SMU Maahad Muhammadi Lelaki. Pada minggu orientasi (Minggu Taaruf dan Thaqafah Islamiah, MIFTAH) semua pelajar tingkatan satu akan diberikan usrah. Ketika itulah saya mula mengenali usrah.

Naqib usrah saya yang pertama ketika itu ialah abg fazli (kini vokalis UNIC)

Abg Fazli berbaju biru. Ketika dia menjadi naqib saya dia adalah ketua nasyid sekolah. Banyak ilmu suara dia ajar pada saya.


Semasa di tingkatan dua, saya mula menjadi naqib untuk pelajar tingkatan satu yang baru masuk. Biasanya, pelajar yang baru hendak memegang usrah, akan dilantik sebagai timb naqib terlebih dahulu sebagai satu latihan. Tetapi oleh kerana kekurangan tenaga naqib pada masa itu, saya terus dilantik menjadi naqib untuk pelajar tingkatan 1.

Bayangkan dalam umur tingkatan 2, saya terus menjadi naqib. Teringat saya ketika minggu orientasi tersebut, selepas semua naqib diberikan adik usrah masing-masing, kami dikehendaki membuat sesi taaruf. Semasa sesi taaruf tersebut, tangan saya mengigil. Suara pun keluar tak keluar. Maklumlah, pertama kali.

Dalam kekurangan ilmu dan kekurangan akhlak seperti seorang naqib, saya kuatkan semangat memikul amanah sebagai naqib. Agak lucu, bila teringatkan perkara ni. Kadang-kadang terpaksa berlakon depan adik-adik.

Maklumlah masa tu perangai-perangai kartun dalam diri masih susah nak tinggal. Makan berdiri, suka main dalam dorm, baca komik yang tak berfaedah dan lain-lain masih tak boleh buang. Jadi, kadang-kadang terbuat juga. Tapi bila nampak adik-adik usrah, kena sorokkan benda ni.

Apa pun, pihak BALKIS (Badan Dakwah Sekolah-rujuk artikel saya) terus melatih saya dan sahabat-sahabat lain yang menjadi naqib untuk terus memantapkan diri sebagai naqib yang sebenar.

Semangat usrah ini, kini saya bawa hingga ke IPG Kampus Ipoh.

Dari pengalaman berusrah di sekolah menengah hingga sekarang saya belajar banyak perkara. Dalam mentarbiah adik usrah ni, kita perlu perbagai. Tak boleh hanya duduk dalam halaqah sahaja.

Dari pengalaman saya memimpin usrah, saya dapati jika naqib jadikan adik usrahnya seperti kawan, maka usrah itu akan lebih berkesan. Adik usrah pun akan jadi cepat belajar apa yang ingin disampaikan oleh naqib. Tapi jika naqib layan adik usrah sebagai senior junior, mereka akan ada gap. Disamping itu, mereka biasanya akan segan dengan naqib. Itu akan menyukarkan proses pembelajaran mereka.

Jadi, cuba praktikkan apa yang anda biasa buat dengan rakan-rakan, tetapi tidak dibuat bersama adik-adik usrah supaya kita dan adik usrah seperti kawan.

Kita perlu hancurkan gap antara kita dan adik usrah. Jika kita berjaya hancurkan gap antara kita dan adik usrah, maka kita akan jadi orang yang sangat disayangi dan dipercayai oleh adik usrah kita. Semua perkara yang kita ada dan dia ada akan dapat dikongsikan bersama. Di situ lahirnya roh usrah.

Masalah kewangan, cinta, keluarga, assignment dan lain-lain akan dapat diselesaikan bersama-sama.

Sebagai contoh, saya kagum dengan usrah ayah saya. Pernah satu ketika, seorang ahli usrahnya dikejar ke hospital kerana sakit dada secara tiba-tiba pada tengah malam. Jadi ahli keluarganya segera hubungi ahli usrahnya. Antara orang yang terawal dihubungi oleh mereka adalah ayah saya dan ahli-ahli usrahnya yang lain walaupun ketika itu pukul 2 pagi. Namun, Allah lebih menyayangi beliau, akhirnya beliau menghembuskn nafas terakhir beberapa jam selepas itu.

Sebagai contoh lain, ketika saya membelek album kahwin mak dan ayah, saya tertarik dengan satu gambar. Gambar tersebut ada mak saya bersama rakan-rakannya bertudung labuh pada hari perkahwinannya di rumah atuk, Johor.

Saya tanya mak, "mak, siapa yang bertudung labuh ramai-ramai ni?". Mak kata "ni naqibah dan ahli usrah mak".

Pada saya ini adalah contoh-contoh terdekat yang saya memberikan inspirasi kepada saya untuk berusrah.

Oleh itu, cuba fikir:

agak-agak keberkesanan usrah akan hanya dapat dengan buat halaqah sahaja?

******


Bersama adik-adik usrah di hari weekend.

Pada sabtu yang lalu, sekolah saya tempat saya berpraktikum ada mengadakan hari kecemerlangan. Selepas habis menghadiri hari kecemerlangan tersebut, terus saya memecut kuda perang saya ke Pertandingan Bilal Muda yang dianjurkan oleh pihak masjid An-Nur Batu 8 untuk memberi sokongan pada adik-adik usrah yang menyertai pertandingan tersebut.

A Naqib must always become a supportive person Asyrafu sedang azan. Panel hakim sedang membuat penilaian.
Bergambar selepas tamat pertandingan.
Asyraful, Adam, Rafizi dan Naim

Pertandingan tersebut tamat pada waktu Asar. Selepas Asar, saya membersihkan diri, kemudian bersiap untuk ke Forum Perdana Hal Ehwal Islam bersama ahli usrah saya unit H pula.
Yusof, Jiji dan Rafizi

Forum Perdana Hal Ehwal Islam pada malam tersebut sungguh membosankan dan membuka mata kami. Forum malam tersebut adalah rakaman untuk ditayangkan selepas raya. Jadi tajuknya adalah Fitrah. Mereka berforum seolah-olah baru lepas berpuasa ramadhan. Mereka terpaksa berlakon, supaya forum tersebut nampak benar-benar seperti selepas raya. Padahal Ramadhan pun belum lagi.


" Alhamdulillah, kita telah selesai berpuasa. Jadi sekarang kita menyambut Aidilfitri"


" Dato, baju yang dato pakai ni baju raya tahun ni atau tahun lepas?" moderator, Dr Ridhuan Tee bertanya kepada penceramah, Datuk Kamarudin.

" Tahun ni, tahun ni.haha.."

Saya lihat penipuan demi penipuan. Memang menjatuhkan penghormatan saya pada penceramah tersebut. Kalau Imam Bukhori mesti fikir banyak kali jika nak ambik hadis dari mereka ni.


Rakaman Forum sedang berjalan

Ni adalah penceramah slot yang kedua. Kebetulan saya terambil gambar penceramah tersebut sedang disolek oleh jurusolek wanita.


"Astarghfirullah". Saya dan adik-adik usrah terkejut. Takkan seorang ustaz boleh bagi seorang wanita make up wajahnya? Kalau perlu sangat untuk bermekap sekali pun, carilah juru mekap yang lelaki. Bukan takda.

Selepas jurusolek tersebut habis make up ust tersebut, dia naik ke pentas untuk make up Dr Ridhuan Tee pula ketika rakaman berehat seketika.

Kami buat kesimpulan forum pada malam tersebut: Hipokrit!

Forum tersebut, membuatkan temperature saya naik. Akhirnya, malas mendengar slot yang kedua rakaman forum tersebut, kami pun pergi menikmati makan malam.

Sambil-sambil makan, kami berbincang pelbagai isu. Dari isu-isu besar seperti isu semasa negara, parti-parti politik, gerakan-gerakan Islam dunia dan lain-lain lagi hinggalah isu-isu di maktab.

On the way balik, kami singgah di padang Polo Ipoh. Tempat pasangan-pasangan muda berasamara. Semasa lalu di kawasan tersebut, kami lihat ramai pasangan sedang membuat bermaksiat.

Dalam kereta kami merancang strategi untuk mencegah maksiat tersebut.

" Siapa ada cadangan untuk cegah maksiat kat sini?"

" Saya cadangkan, kita Biro Agama datang sini ramai-ramai kemudian dakwah mereka semua ni."

"Gulp". saya terdiam.


Selepas itu, kami pulang dan tidur bersama. Esokkannya selepas solat subuh dan bertadarus bersama kami sama-sama menonton sebuah movie untuk elak semua tidur lepas Subuh. Movie tersebut bertajuk: 3 Idiots.


Dari cerita tersebut kami brainstrom mesej dalam cerita tersebut. Kami kenal pasti elemen-elemen positif dan negatif dalam cerita tersebut. Banyak idea-idea yang disampaikan dalam cerita tersebut agak sama dengan idea saya terutama berkaitan sistem pendidikan.

Selepas menonton movie tersebut, saya tertarik dengan watak Rancho. Saya melihat watak Rancho sebagai contoh naqib yang sangat hebat. Dia adalah full time naqib. Sentiasa ada ketika semua sahabatnya memerlukannya serta akhirnya berjaya mengubah fikrah sahabat-sahabatnya. Dia membuatkan saya muhasabah. Hati saya tersedar, terasa diri ini belum menjadi seorang yang betul-betul naqib.

Selepas itu, saya dan adik-adik usrah pergi memancing ikan.





Selepas memancing, kami berusrah di GreenTown Mall pula. Pergi membeli handset.

" Apa pendapat abang kalau saya nak beli handset?"

" Kalau keperluan, beli jelah."

" Saya dah survey dah. Dah tanya mak juga. Mak kata ok. Cuma, elaun belum masuk....."

" Oh ok. Faham-faham. Dah solat istikarah ke nak beli handset ni? "

" Belum "

" Pergilah solat istikarah dulu. Supaya hati lebih yakin semasa nak beli handset tu. Lagi pun benda tu bukan murah."

" Ok "






Semasa di GreenTown Mall (GM), saya terapkan kepentingan jihad ekonomi.

" Cuba tengok, siapa yang kuasai ekonomi dalam GM ni? Kita umat Islam pula hanya menjadi umat pengguna".

Adik usrah saya terbeli handset dengan harga yang agak mahal. Sedangkan handset yang sama boleh dapat dengan harga yang lebih murah di kedai lain.

Kesilapannya adalah kerana dia tidak buat survey dengan baik. Saya sedari perkara tersebut. Tapi sengaja saya biarkan kerana pendekatan saya dalam mendidik adik-adik usrah, saya tidak suka mengongkong mereka. Saya mahu mereka belajar membuat keputusan dengan yakin.

Kadang-kadangkala, saya sengaja saya biarkan mereka melakukan kesilapan. Dari kesilapan tersebut saya baru saya betulkan. Sometime people learn by mistake.

Kerana begitulah mak saya didik saya. Mak akan bagi peluang saya cuba semua perkara. Dia tidak mudah kata "jangan", tapi dia akan tunjukkan yang mana betul dan yang mana salah. Perkara ini membuatkan saya hingga kini berani mencuba dan tidak takut buat silap.



Berusrah ini sesuatu yang menyeronokkan. Lebih seronok jika naqib tersebut tahu hala tuju usrahnya. Jadi, mari menjadi full time naqib!



Sekian.

Islam Adil Untuk semua

No comments: