Tadi saya ada terjumpa satu poster Forum Perdana Ehwal Islam di sekolah. Agak menarik. Berikut adalah maklumatnya:
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
(RAKAMAN TV1)
TAJUK:
SLOT 1 -FITRAH
SLOT 2- DATANG DINANTI, PERGIRMU DITANGISI
TARIKH: 31 JULAI 2010
MASA: 8.30
TEMPAT: DATARAN BANDARAYA GREENTOWN MALL, IPOH
PANEL:
1-DATUK KAMARUDDIN ZAKARIA
2-KAPT (B) NAJMUDDIN ELIAS AL-HAFIZ
3- DR AHMAD BASHIR AZIZ
4- DR FARAH SYAZWANI MOHD TARMIZI
(RAKAMAN TV1)
TAJUK:
SLOT 1 -FITRAH
SLOT 2- DATANG DINANTI, PERGIRMU DITANGISI
TARIKH: 31 JULAI 2010
MASA: 8.30
TEMPAT: DATARAN BANDARAYA GREENTOWN MALL, IPOH
PANEL:
1-DATUK KAMARUDDIN ZAKARIA
2-KAPT (B) NAJMUDDIN ELIAS AL-HAFIZ
3- DR AHMAD BASHIR AZIZ
4- DR FARAH SYAZWANI MOHD TARMIZI
MODERATOR:
DR RIDHUAN TEE ABDULLAH
KUMPULAN NASYID JEMPUTAN:
GENERASI HARAPAN
DR RIDHUAN TEE ABDULLAH
KUMPULAN NASYID JEMPUTAN:
GENERASI HARAPAN
Fikir-fikir
1-ada beberapa perkara saya nak komen berkaitan ceramah ni.Antaranya masa mula forum. Ia dibuat pada jam 8.30mlm. Ketika itu belum masuk waktu Isyak.
Maksudnya, semua panel dan hadirin yang hadir terpaksa dengar ceramah dulu kemudian baru solat Isyak. Pada pendapat saya, adalah molek selesaikan solat Isyak terlebih dahulu.
Jika nak lebih baik forum bermula dengan solat Isyak secara berjemaah dahulu. Kemuadian baru mula forum.baru barakah majlis tersebut.
2- saya teringin untuk ke forum tersebut. Objektif utama saya ke forum tersebut untuk berjumpa dengan Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Saya tertarik dengan idea-idea penulisannya di dalam blog peribadi beliau. Anda boleh baca di sini: Blog Dr Ridhuan
Jadi selepas ceramah saya berhasrat untuk bertemu beliau dibelakang pentas untuk bertanya tentang beberapa perkara.
Setiap kali ceramah, saya lebih suka bertanya kepada penceramah selepas tamat ceramah. Ketika itu, boleh ada 2 ways communication. saya boleh nyatakan pendapat saya dan minta pendapat penceramah tersebut.Disamping itu, penceramah pun tidaklah terlalu hipokrit ketika menjawab soalan.
Ini kerana, kadang-kadang, bila berada di kalayak, penceramah mungkin akan menapis setiap kata-kata mereka supaya tidak menyentuh isu sensitif. Jadi jawapan yang diperolehi kadang-kadang tidak memuaskan dan nampak plastik.
Apa pun, majlis ilmu ini banyak manfaatnya.
Marilah beramai-ramai kita ke sana.
Sekian.
Islam Adil Untuk Semua
No comments:
Post a Comment