Alhamdulillah dalam hempas pulas berpraktikum (sesi 2: 28 Jun - 20 Ogos) saya masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk melaksanakan usrah.
Dalam tempoh berpraktikum ini, memang terasa sangat bernilainya masa. Terutamanya dalam sesi praktikum 2. syukur pada Allah kerana memudahkan saya mengadakan usrah. Usrah itu AMANAH.
Usrah saya bersama adik2 bermula 11 malam di bilik saya. Masa usrah mungkin agak lewat. tetapi itulah masa paling praktikal bagi kami kerana masing-masing ada urusan masing-masing. Di kalangan adik-adik usrah saya semuanya terlibat dengan biro Agama. Tadi sebelum usrah pun, kami baru habis mesyuarat. Oleh itu, usrah pada jam 11 malam adalah paling praktikal.
Bila berusrah jam 11 malam, ia harus ada kelainan. Supaya tidak mengantuk dan membosankan. Oleh itu pendekatan kami adalah berusrah dengan 'sekotak soya, biskut dan roti'.
Sambil menyuap roti ke mulut antara satu sama lain kami berbincang berkenaan tajuk dalam silibus usrah. Cara olahan adalah santai, tapi yang penting isinya mampu memberi kesan.
"Cuba tengok air soya ni, teringat kepada satu kisah."
"Pernah dalam satu perperangan, sahabat-sahabat Nabi masih mendahulukan sahabatnya walaupun dia sendiri sangat dahaga sehingga dia meninggal dulu sebelum sempat dia minum air tersebut"
"Inilah ukhuwah Islamiah"
Rafizi berbaju hitam bercermin mata(merangkap roomate saya sekarang), saya, Syafiq berbaju melayu berkain pelikat dan azim berbaju merah
***
"dalam ahli usrah kita ni, apa amalan yang kita susah nak buat?"
" tadarus quran"
"Betul, abg pun kadang-kadang kena bawa quran ke sekolah masa praktikum ni. Sebab kadang-kadang lepas Subuh tak sempat nak baca"
"ok kalau macam tu kita jadikan mutabaah usrah kita, setiap orang mesti baca sekurang-kurangnya satu page quran sehari sekali dengan maknanya"
"Abg, kalau boleh utk usrah akan datang masing-masing kongsikan apa yang dia baca dari Quran tu boleh?"
"Amacam semua, boleh?"
"Insyallah, boleeeeh (^ -^) "
p/s: syukran pada ust nizam yang secara sukarela menangkap gambar.(Besar pahala enta seh!). Terinat pula pada adik-adik usrahku TESL, shahril n Izul.

6 comments:
Teruskan yang baik-baik, ehsan. :)
usrah ni bergantung kepada naqib , 60% anak buah, 40 %...
to reverie;
insyallah yg baik-baik kita teruskan.
selamat pulang ke tanah air.
bila-bila free jemput la ziarah ke IPG Ipoh.
to Dx:
setuju dgn daus. naqib ni yg mempengaruhi adik2 usrah.
adik2 usrah ni membesar dan sihat dengan makanan ilmu dari naqib.
kalau ilmu kurang mkn kurus dan kurang sihatlah adik usrah tersebut.
hahah..orang kalau dah gila pahala dia xkisah dah apa kerja pun..tapi sekarang ramai orang x gilakan pahala..(kasar ke?)
nostalgia sungguh baca entry Abang Ehsan kali ni... rindunya... :-)
arghhhh....rindooooooo usrah!!!!!!!i
Post a Comment