Islam adalah Negara dan Tanah Air, pemerintahan dan umat. Ia adalah akhlak, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, undang-undang, ilmu dan kehakiman. Ia adalah kebendaan, harta benda, usaha dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah. Ia adalah tentera dan fikrah. Islam juga merupakan aqidah murni dan ibadah.- Hasan Al-Banna (Usul 20, rukun Faham)
Pagi tadi dia beriman..kerana cara sembahyangnya cara seorang muslim. Ada takbiratul ihram, ada fatihah, ada sujud rukuk.
Malam nanti dia menjadi seorang kafir...cara berhiburnya..cara bercakapnya..tidak seperti seorang muslim..tapi seperti orang kafir.
esok lusa, bila ada ahli keluarganya meninggal, dia kebumikan dengan cara seorang muslim.ada tahlil, ada talkin, ada tok imam dan makmum untuk solat jenazahnya.
nanti bila dia berpolitik pula, dia berpolitik seperti orang kafir..politik Islam tolak tepi.
sekejap beriman, sekejap kafir.
bagaimana kesudahan hidupnya?beriman?
kafir?nauzubillah.
akhir zaman:
“Seseorang itu akan beriman pada waktu pagi, sedangkan dia kufur pada waktu petang. Dan kufur pada petang hari, beriman pada pagi hari. Dia sanggup menjual agamanya dengan mata benda dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kali ini saya teringin untuk menulis persoalan-persoalan yang terlalu banyak berlari-lari dalam pemikiran saya. Ia menjerit-menjerit dan melompat-melompat ke sana sini. Seperti kanak-kanak yang tidak pernah kenal erti lelah. Tersangatlah energetic.
Selagi tidak terjawab persoalan-persoalan ni, selagi itulah mereka akan terus meriuh-rendahkan pemikiran saya. Riuh-rendah itu yang membuatkan saya menjadi confius.
Mungkin anda ada jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Namun, sebelum anda membaca persoalan-persoalan yang memkonfiuskan saya ini, saya nasihatkan anda fikir banyak kali. Kerana bimbang anda pula yang akan turut sama konfius.
Jika anda pun terkena konfius ini, maka susah nak baik. Persoalan-persoalan ini akan berlari-lari kegirangan dalam pemikiran anda pula.
Persoalannya begini.
Semasa saya kecil, mak ayah menghantar saya dan adik-adik ke TASKI ABIM berhampiran rumah. TASKI adalah pra sekolah yang diasaskan oleh Angkatan Belia Islam(ABIM). Ia menyediakan pendidikan pra sekolah berorientasikan Islam untuk kanak-kanak Muslim.
Jadi, oleh kerana mak dan ayah inginkan saya dan adik-adik mendapat tarbiah Islam sejak kecil, maka dihantarnya ke TASKI ABIM itu. Saya masih ingat nama TASKI ABIM itu. Namanya TASKI ABIM AL-ISTIQAMAH. Namanya baik, sebaik tarbiah yang diterapkan.
Mak dan ayah tidak mahu menghantar saya dan adik-adik ke TABIKA KEMAS dibawah kelolaan JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT(KEMAS). Meskipun TABIKA tersebut hanya terletak di belakang rumah saya. Ketika itu saya pun tak tahu kenapa.
Namun setelah saya dewasa, saya tengok cara kanak-kanak yang 'ditarbiah' di TABIKA baru saya tahu kenapa mak dan ayah tidak mahu hantar saya ke TADIKA KEMAS.
fuh! Memang nasib baik. Terima kasih mak ayah.
LOGO TASKI ABIM TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK ISLAM (TASKI) "Kearah anak yang Soleh"
Memang terdapat besar perbezaan antara prasekolah yang berorientasikan Islam dengan prasekolah yang di tidak berorientasikan Islam. Kalau anda tidak percaya, cuba bila ada anak nanti anda hantar sorang ke TABIKA KEMAS dan sorang lagi ke TASKI atau PASTI atau mana-mana prasekolah yang berorientasikan Islam.
Kemudian, cuba tengok yang mana yang menjadi insan dan yang mana yang menjadi manusia.
Semasa saya di sekolah TASKI itu, ada perhimpunan mingguan. Setiap kali perhimpunan mingguan, kami akan ada ikrar. Seorang pelajar akan ke hadapan akan mengetuai ikrar.
Ikrarnya begini:
roditubillahi rabba, wabil Islamidina, wabimuhammadin, nabiyya warasula (maksudnya:aku redha Allah itu tuhanku, dan Islam itu agamaku, dan Muhammad itu nabi dan rasulku)
Bila saya dah dewasa, saya sambung belajar di IPG Ipoh. Di IPG ipoh pun ada perhimpunan mingguan. Ada juga bacaan ikrar.
Bacaan ikrar itu diketuai oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Cuma bacaan ikrarnya lain dari ikrar saya semasa di TASKI.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Bila baca ikrar ni saya pun jadi confius. Dulu masa di TASKI, cikgu-cikgu ajar versi ikrar lain, sekarang lain.
Yang mana satu saya nak ikut?Kalau ikrar dulu ada sebut: Aku redha Allah tuhanku, tapi dalam ikrar di kampus saya kini hanya sebut,
'kepercayaan kepada Tuhan'.
Agak general.Tuhan mana satu? Tuhan Bapa ke? Tuhan Anak ke? ke Tuhan Allah?
Kemudian,bila dalam perhimpunan itu juga kena nyanyi lagu guru Malaysia. Sekali lagi persoalan timbul dalam pemikiran saya bila menyanyikan Guru Malaysia pada rangkap:
Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua
Rukun negara kita panduan hidup kami semua?
Dulu ustaz saya ada beritahu, panduan hidup kita seorang muslim adalah Al-Quran. Jadi, macam mana pula dalam lirik ni sebut rukun negara sebagai panduan hidup pula?
Confius-confius, mana satu saya nak ikut ni?
Inilah yang berlaku setiap kali perhimpunan mingguan. Saya akan menjadi confius dan confius. Persoalan demi persoalan timbul. Persoalan-persoalan ini berlari-lari dalam pemikiran saya. Dan hingga kini masih berlari.
Harap anda dapat membantu saya menyuruh mereka ini duduk senyap dan jangan berlari-lari lagi.
kali ini saya nak bercakap berkenaan 'thobur'. Anda tahu apa itu thobur? Jika tidak tahu baguslah. Saya pun tidak berhasrat nak beritahu. Biar orang tertentu saja tahu. Ataupun biar orang yang bersungguh-sungguh nak tahu apa maksud thobur tu sahaja yang tahu.
Sengaja saya tidak mahu beritahu dalam ruang posting kali ini, sebab apa yang saya nak catatkan dalam posting ini saya akan labelkan sebagai ILUSI.
Setiap post saya yang berlabel ILUSI, saya akan tersiratkan mesejnya. Apa yang tersurat itu bukan mesejnya, tetapi yang tersirat itulah sebenarnya mesejnya. Mengapa begitu? Kerana ada mesejnya ibarat membidikkan sesuatu kepada sasaran. Seperti mana pemburu yang berhati-hati ketika membidikkan sasarannya, maka seperti itu juga saya berhati-hati menyorok mesej posting saya yang berlabel ILUSI. Masakan tidak, blog ini pensyarah pun baca.
Thobur
Kat kampus saya ada thobur. Dan mungkin juga anda. Jadi bila mana kita bercakap tentang kampus,ia mungkin menyentuh orang yang berada di atas bukit. Orang atas bukit boleh nampak kita yang berada di kaki bukit. Jadi, kita yang berada di kaki bukit, bila nak memberitahu sesuatu pada orang yang berada di atas bukit kena berhati-hati. Takut-takut dibalingannya batu dari atas kalau apa yang hendak diberitahu itu tidak kena dengan seleranya. Hemm..
Thobur, kadang-kadang buat saya jadi menyampah. Boleh juga jadi geram. Boleh juga jadi nak lawan. Tapi orang lain yang berada di dalam thobur ni, nampaknya tak da apa-apa. Tapi saya pula yang apa-apa! Kenapa?
Konon thobur ni, nak jadikan dia nampak islamik, maka pelatih yang paling alim akan ke hadapan. Membaca-baca meminta sesuatu mudah-mudahan thobur itu diberkatiNya. Ini semua mengarut. Masakan thobur yang terpalit padanya jahiliah moden hendak diberkati Allah SWT. Malaikat rahmat pun tidak sudi nak lalu thobur tersebut, inikan pula Allah nak berkati.
Maka thobur pun bermula, lima jari diangkat, lafaz diucap. Semua orang seperti beriman dengan apa yang diucap. Saya pula, jangan harap nak ucap. Itu lafaz-lafaz yang meliberalkan Islam. Mana boleh kepercayaan pada Allah disamping tuhan-tuhan lain. Mana boleh mendaulatkan undang-undang si Eropah itu, yang kita pakai sekarang inilah. Anda melafazkannya? Anda tunggulah Disana nanti.
Kononnya itu formula ajaib atas nama perpaduan. Perpaduan-perpaduan juga, Quran dan Sunnah jangan lupa. Ia harus selari. Matahari yang gagah membara itu pun, tetap taat pada perintah Tuhannya. Sejak dari dulu lagi. Sebelum kita lahir lagi. Sebelum orang atas bukit itu lahir lagi.
Bila thobur ini sudah jadi budaya, maka semua macam dah terpedaya dengan apa yang disusun di dalamnya. Memang berjaya ghazwah fikr golongan nasionalis ni. Pelatih yang hanya taqlid buta memang mudah terpedaya. Hanya mereka yang akalnya sentiasa mencabar dan suka bertanya sahaja akan nampak permainan ghazwah fikr ni. Jika tidak teliti, anda juga mungkin akan terteguk arak ghazwah fikr ini semasa dalam thobur. Perisanya pelbagai. Jika nak tahu apa perisanya, tanyalah orang yang belajar usulludin dan aliran pemikiran semasa. Tanyalah, jika tidak, mungkin selamanya anda akan terteguk ia. Padan muka. Padan muka kerana sikap kita yang malas bertanya. Dalam Quran pun suruh bertanya pada ahlinya sekiranya kita tak tahu.
Rasulullah sendiri, semasa menyebarkan Islam, baginda ditentang, kerana baginda menentang. Baginda menentang jahiliah dan nilai-nilainya sampai ke akar umbi. Disamping itu, baginda mengajak para sahabatnya menanam benih-benih Islam dalam masyarakat Jahiliah itu. Supaya pohon yang tumbuh itu menghancurkan semalu-semalu jahiliah yang telah lama mendiami bumi Mekah itu. Kerana pohon-pohon itu juga bersifat inqilabiah, ia tidak boleh berkongsi tanah bersama semalu jahiliah. Hanya dia sahaja yang boleh tumbuh.
Maka, saya pun begitulah. Cuba ikut macam nabi. Cuba nak tanam pohon-pohon yang sama juga di bumi kampus saya ini. Disamping itu juga perlahan-lahan menyingkirkan semalu-semalu itu. Saya mulakan dalam thobur.
Cumanya, dalam mencabut semalu-semalu tersebut, saya mungkin terluka jari kerana tajamnya durinya. Disamping perlu berhati-hati kerana mungkin orang atas bukit marah mencabut semalu tersebut, kerana dia yang menanam dan menjirus air padanya saban hari supaya sentiasa tumbuh.
Apa pun saya tidak kisah. Jari terluka ke, kena marah dengan orang atas bukit ke, yang penting pokok mesti ditanam, semalu mesti dicabut. Biar seiring. Jika asing-asing, maka itu tak betul. Nah, jika tidak percaya buka surah Al-Imran 104.
Saya percaya akan ada yang bersama-sama membantu saya. Kita bina wehdatul fikr dan wihdatul amal. Kita lawan sama-sama ghazwatul fikr itu. Dalam thobur itu. Macam mana, nak bersama saya?
p/s: Kalau nak tahu thobur tu apa, blh mesej or mail saya.Tapi saya tak janji untuk beritahu.
Bila kamu rasa cukup bagus, maka di saat itulah kamu sudah tiada apa-apa. Ya, tiada apa-apa. Walaupun, sebelum ini kamu adalah orang yang berada di puncak. Ilmu kamu dipandang sebaris para ulama. Kata-kata kamu seperti pidato si ahli politik yang menanam tebu di bibir. Tapi sebenarnya itu hanya rasa bagus. Hanya kamu sahaja yang rasa.
Bila kamu rasa cukup bagus, maka di saat itu Tuhan sudah tidak melihat kamu. Sedangkan kekuatan dan kejayaan itu dari Dia. Ketika itu, ego akan mengaburi kamu. Kefahaman tentang waqi' sudah tiada. Kerana kamu benar-benar merasa cukup bagus.
Rasa bagus itu, Tuhan tahu. Dia tahu apa yang dalam dada kamu. Lebih tahu dari apa yang kamu tahu.
Bila kamu rasa cukup bagus, kamu akan kagum bila ramai yang mula BERKIBLATKAN kamu. Kamu memalingkan kiblat mereka. Mereka ibarat orang yang sentiasa menunggu firman-firman dan sabda kamu. Mereka ini hanya si lebah yang menunggu manis madu di bunga. Bila madu sudah tiada bunga, bunga sudah tiada makna.
Kamu teruja bila orang mengagumi kamu. Ketika itu, kamu akan rasa cukup bagus. Benar-benar rasa cukup bagus.
Bila kamu rasa cukup bagus, kamu tidak akan lama di atas dahan ini. Kerana dahan ini cukup teliti untuk menampung siapa yang dia rasakan perlu untuk berada di atasnya. Kalau Dia rasa kamu perlu berada di dahan ini, maka kamu akan terus berada. Tapi jika Dia rasa tidak perlu, bila-bila masa sahaja kamu akan gugur seperti gugurnya yang lain.
Dahan ini, untuk si buruk yang tidak pernah rasa dirinya cukup bagus. Dalam buruk-buruk itu mereka bekerja dalam rahmat dan kasih sayangNya yang bagus. Hati si buruk itu bercahaya seperti bintang di malam hari. Kerana Dia membasuh hati mereka dengan gerimis tawaduk dan kesungguhan amal. Ditabur baja ikhlas.
Di saat si buruk merasakan diri mereka tidak bagus, sebenarnya di saat itulah dia menjadi sangat bagus di mata Dia.
Rasa cukup bagus
Tahukah kamu, rasa bagus itu akan mencepatkan kamu gugur. Dia yang mengangkat kamu pada tahap sekarang, bila-bila sahaja Dia boleh gugurkan kamu. Dia tidak memandang betapa hebatnya kamu di mata manusia kerana Dia yang mencipta manusia.
Kamu juga bukan Tuhan, jadi mengapa mengharap mereka mentauhidkan kamu dan memuja-muja kamu. Dia Allah sahaja yang Tuhan. Bukan kamu.
Firaun pun Dia jadikan hebat di mata pengikutnya. Dan hari ini Dia jadikan berikan perkara yang sama pada kamu pula. Jadi, apa bezanya?
Semalam, selepas meeting Lujnah Tabiyah saya sempat berusrah dengan Dr Ary seketika,seorang pengasas ESQ dari Indonesia. Kami berbincang tentang penemuan GOD SPOT dalam otak manusia. Saya memahami dengan teliti teori yang beliau sampaikan. Katanya, setiap manusia Allah dah ciptakan dalam otak mereka satu titik yang akan memikirkan soal ketuhanan. Ia disebut GOD SPOT. Tidak kira muslim atau non muslim, semua ada. Termasuklah yang berfahaman komunisme. GOD SPOT ini ditemui oleh penyelidik barat. Sebenarnya dalam Islam sudah lama ada. Ia disebut FITRAH ingin BERTUHAN. Islam menjelaskan yang setiap manusia itu pasti ada rasa nak bertuhan Dr Ary Ginanjar Agustian
Sebenarnya saya amat mengagumi beliau. Seminar ESQ yang beliau perkenalkan sangat hebat. Seolah-olah satu fenomena baru di Indonesia. Kini merebak ke Malaysia. Training ESQ banyak membuatkan manusia kembali merasakan diri mereka BERTUHAN. Yang saya dengar, content training tersebut tetap sama iaitu Islam. Cuma uslub atau methodologinya berbeza. Beliau menggunakan media, bunyi dan lain-lain lagi. Menyebabkan hadirin terpaku dan terasa diri sanagt kerdil di sisi tuhan. Saya kagumi keberkesanan usaha beliau utk berdakwah kepada manusia kembali mengenal Allah. Uslubnya sangat sesuai dipraktikkan untuk golongan pada tahap taarif.
Sekarang saya sedang menggali rahsia uslub yang dia gunakan. Selepas itu saya akan terapkan dalam usaha saya mengajak umat Islam kembali merasai diri mereka BERTUHAN. Saya berazam suatu hari nanti ingin menjadi salah seorang think tank dalam Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Di situ saya akan runtuhkan segala elemen sekular dalam KPM, rombak buku teks yang penuh dengan noda fakta palsu(terutama sejarah) dan memberi ruh dalam subjek sains. Sebenarnya sains dan Islam adalah satu. Saya sedih apabila membelek buku teks sains yang saya berlajar dahulu dan yang adik2 saya belajar kini, ia memisahkan sains dan Islam. Sepatutnya kita belajar sains adalah untuk lebih mengenal keagungan pencipta bukan semata-mata nak dapat resut hebat! Mungkin pada masa tu saya perlu berusrah dengan Harun Yahya bagi membantu saya menerapkan elemen sains dalam ISlam.
Yang lebih menyedihkan subjek Pendidikan Islam juga sangat beku.Entah kemana keberkesanannya. Buktinya, lihatlah berapa ramai pelajar sekolah yang belajar Pendidikan Islam tapi macam takda apa2. Sekadar hafal fakta dalam buku.
Setelah berbincang tamat berbincang, saya dan Dr Ary pun sudahi usrah kami. Tak sabar rasanya nak berusrah dengan beliau lagi. Banyak yang nak saya bertanya kepada beliau dan antaranya mengenai teori ZERO MIND yang dia perkenalkan. Buku ESQ pertama saya. Setakat ni, ini adalah buku kedua termahal saya,dari koleksi buku-buku saya.Saya beli di Pesta bUku Antarabangsa KL baru-baru ini.
Saya tidak kisah berhabis duit untuk membeli buku yang diminati. Saya sangat teruja apabila membaca. Setiap kali membaca saya rasa sedang menjumpai satu dimensi baru dalam dunia ilmu pengetahuan.
Sebenarnya apabila saya membaca buku, saya bukan sekadar hafal atau kutip fakta2nya. tapi saya juga sedang membaca cara BERFIKIR pengarang buku tersebut. Jika anda membaca sesuatu buku, kemudian anda kagum dengan apa yang ditulis penulis tersebut, cuba anda bayangkan macam mana penulis tersebut boleh berfikir sampai ketahap itu. Ini akan membuatkan anda lebih kagum. Sebab itulah, saya sangat cerewet dalam membeli buku kerana saya lihat dahulu siapa pengarangnya. Saya hanya menceduk cara berfikir orang hebat kemudian CUBA BERFIKIR seperti mereka.
Setakat ni, orang yang paling saya kagum cara dia berfikir adalah HASAN AL-BANNA. tak terbayang macam mana dia boleh membentangkan satu gagasan Idea yang HEBAT dalam dunia Islam pada abad 20 berkaitan gerakan Islam. Boleh anda bayangkan macam mana beliau boleh terfikir sehebat itu? Mungkin konsep hidayah Allah sahaja yang boleh jelaskan. Beliau memang insan yang dipilih Allah.
p/s: selepas ni saya bercadang nak berusrah dengan Said hawa pula. Jumpa lagi
Leman budak baik. Smua orang tahu. Sampai orang gelarkan dia Leman Si Baik.Tapi kesian si Leman. Sejak dua tiga menjak ni dia asyik stress. Monyok sentiasa. Setiap kali dia monyok dia akan mengadu pada Kundur, beruknya. Dia akan cakaplah pada Kundur segala yang benda yang buat dia stress. Kundur dengar, dengar dan dengar. Cuma kadang kadangKundur menyampuk. Orang kata Leman gila cakap dengan Kundur si beruk. Tapi Leman tak ngaku. Dia kata Kundur memang memahami dia. Kundur pendengar yang setia.
Orang kampung pun tak tau kenapa Leman ni asyik stress. Setiap kali Leman stress dia akan lari dari orang ramai. Kadang-kadang ke jeti, kadang-kadang buat-buat memancing ikan. Orang kampung pun dah boleh agak bila Leman stress. Semua orang tau bila skali tengok ja. Kesian Leman.
Sebenarnya bukan tak pernah ada orang nak tolong Leman. Pernah sekali mereka cadangkan Leman pergi berubat dengan Darul Syifa. Sebab takut stress gangguan dari jin. Mana tahu.Jin memang banyak kat kampung tu. Salah sekornya menggelarkan diri sebagai ’ikwan’.
Tapi Leman tak mahu. Dia kata dia sihat. Dia kata ni masalah dalaman dia. Dia nak selesaikan sendiri. Selesaikan dengan beruk dia, si Kundur.
Memang kesian Leman.Tapi yang lebih kesian, pada orang kampung. Terutama pak Labu, ketua kampung. Kenapa pulak? Sebab bila setiap kali Leman stress, orang lain akan terkena tempias. Orang kampung pun akan turut stress. Aura stress dalam diri Leman terlalu kuat. Walaupun kadang-kadang Leman sembunyikan dengan senyuman kosmetik dia. Tapi orang tau. Muka ja senyum tapi dia stress. Leman hipokrit. Munafik. Cuma nasib baik la ada Kundur. Kundur ’tuli’ dari stress. Bila leman membebel masalah stress dia, Kundur dengar je. Buat muka bodoh ala beruk. Tak rasa pape. Mungkin kelebihan dia jenis beruk yang tak stress.
Kadang-kadang Kundur tanya juga Leman kenapa asyik stress je.
Leman kata, "entah lah Kundur. Aku pun tak tau”
Kundur tanya lagi " Ko tak sembahyang ke Leman?”
"Sembahyang”jawab Leman ringkas.
"Habis tu?”tanya kundur.
Leman angkat bahu tanda tak tahu.
"aku rasa ko ni jenis manusia yang tak redha dengan ketetapan Allah’’ Kundur memberi tazkirah. Kundur memang pandai bagi tazkirah. Sbb bapak Kundur tok Imam di kalangan beruk-beruk di hutan. Dialah yang banyak ajar Kundur.
"Ko sembahyang tapi hati ko tak tenang..tu bermakna jasad ko je sembahyang.Tapi hati ko tak.”
Leman hanya mendengar.Membisu.
"Ko ni memang bodoh la Leman. Otak je besar dari otak aku.Tapi bodoh” Kundur melepaskan sedikit geramnya. Selama ni tak pernah begitu.
Leman masih membisu. Mukanya tiada reaksi. Mukanya memang nampak macam orang bodoh. Bukan setakat bodoh, tapi dungu. Kalau ada mana-mana orang kampung yang tengok muka dia masa tu mesti geram nak bagi tapak kasut kat muka dia. Memang menyampah.
"Ko dengar ke tak aku cakap ni Leman?” tanya si Kundur. Urat sudah mula kelihatan di dahinya. Ada sedikit tanda-tanda stress.
"Aku rasa masalah stress ko selama ni ko yang buat. Benda kecik pun ko nak jadi sebab..”
Memang betul kata si Kundur. Leman suka anggap perkara kecil tu sebagai masalah besar baginya. Manakala masalah besar itu adalah kecil baginya.Sebab masalah besar tu dah tertutup dengan masalah kecik yang sentiasa difikirkannya.
"Ko ingat tak Leman. Dulu. Masa kita pegi minum kopi kat kedai mak Teh. Bila ko tengok Pak Labu ko jadi stress. Bila aku tanya kenapa, ko kata sebab misai Pak Labu dia panjang sangat. Ei,, takkan sebab misai dia panjang pun ko stress? ” kali ni Kundur semakin panas.Sikapnya dah berubah. Dulu dia beruk yang tuli dari stress. Sekarang dia beruk yang stress.
Leman pula masih diam membatu. Buat muka bodoh yang kalau orang tengok memang tak tahan. Geram yang amat.
"Leman, ko ni aku rasa dijangkiti sindrom.”
Kundur senyap sekejap. Leman pun senyap.Suasana sepi seketika.
"Ko rasa orang lain semua tak kena. Ko sorang je betul.Ni tak kena, tu tak kena. Ko melihat pada kelemahan orang. Tak pernah nampak kebaikan dia. Negatif je semuanya. Tu ko stress”
Leman masih senyap.Tak menjawab. Dengar semata. Seperti kena sumpahan "senyap’. Manakala Kundur dok membebel pada Leman tak henti-henti.
Peristiwa tersebut berlanjutan. Hari demi hari. Minggu demi minggu dan seterusnya. Begitulah saban hari.
Akhirnya, perangai Leman yang dahulunya sentiasa stress dah bertukar kepada seperti perangai beruknya, si Kundur. Tuli dari stress. Mukanya macam takda perasaaan. Nampak bodoh dungu. Setiap kali orang kampung tengok muka dia mesti rasa nak baling je dengan apa-apa yang ada kat tangan. Tak tahan. Muka yang memang membuatkan hati orang jadi panas. Betul-betul panas. Gelaran ’Leman si baik’ yang orang kampung bagi dulu dah jadi 'Leman si $%^&*’.
Manakala Kundur pulak dah jadi macam Leman. Asyik stress. Mulutnya sentiasa membebel. Yang menjadi pendengar bebelan tu sudah pastilah tuannya, si Leman. Kini Leman pun dah tak sembahyang. Sebab dah tak boleh fikir. Mungkin otaknya dah rosak. Nyanyuk. Mungkin juga akibat kesan jangka panjang stressnya dulu.
Akhirnya begitulah hingga ke akhir hayat mereka berdua. Ke hulu ke hilir bersama. Akhirnya mati dalam su’ul khatimah....