Followers

Wednesday, August 25, 2010

Al-Kisah Ayam Daging

Maka tersebutlah sebuah kisah.

Kisah Ayam daging. Adapun ayam daging itu adalah sejenis ayam yang sihat-sihat semuanya. Ia adalah sumber makanan yang utama buat manusia sekalian alam.

Adalah maklum kita semuannya, bahawa ayam daging itu, menetas di dalam inkubator tempat penetasan telur. Sejak menetasnya anak-anak ayam ini, mereka sudah tidak kenal ibu mereka kerana diasingkan mereka dari ibu mereka sejak mereka dalam telur lagi.

Dan juga mereka itu, dipaksa-paksa supaya cepat menetas dengan bantuan alat inkubator tersebut. Menetas sahaja mereka si anak ayam, mereka tercari-cari siapa ibu mereka? bagaimana mereka dilahirkan? Apakah jati diri mereka? Apakah matlamat mereka ditetaskan ke dunia? Bagaimana masa depan mereka?


Maka dalam kecetekkan akal si anak ayam dan kebijaksanaan si penternak, maka diajar pada anak ayam itu,

-matlamat hidup kamu adalah makan sebanyak-banyaknya.
-ibu kamu hanyalah inkubator itu.
-jati diri kamu adalah kamu seekor ayam daging
-masa depan kamu adalah, siapa yang paling sihat dan berisi badannya, maka dialah juara dalam hidup ini.


Oleh itu, hidup membesarlah si anak ayam daging dengan doktrin si penternak itu. Hidup mereka pagi petang siang malam mematuk makanan sahaja kerjanya. Jika langit telah gelap, dipasangnya lampu dalam reban itu supaya akal si anak ayam yang cetek itu dapat ditipu bahawa hari masih siang, waktu siang adalah masa untuk makan.Maka teruskan mematuk makanan.

Begitulah saban hari dalam hidup si anak ayam. kerjannya hanya mematuk dedak yang ditabur si penternak.

Si anak ayam sama sekali dilarang mendengar tahyul bahawa mereka sebenarnya adalah binatang yang hebat. Asal mereka adalah dari hutan.Bukan inkubator penetasan. Generasi mereka itu dimasyurkan dengan nama Ayam Hutan.

Kata si penternak, kamu si anak ayam daging adalah umat yanng lemah. Harus disediakan makanan dan tidak mungkin boleh mencari makanan sendiri. Bahkan, andai sehari sahaja si penternak terlupa memberi makan pada anak ayam, alamat akan matilah mereka semuanya. Maka dengan ajaran dari si penternak itu, maka berimanlah semua anak-anak ayam daging dengan doktrin si penternak.

Cumanya, ada kala dan ketikanya si anak ayam daging ada terdengar bunyi kokokan dari luar reban mereka. Kokokan itu punya kelainan. Kelainan itu, pada mesej yang tersirat dalam kokokan tersebut.

Dari kokokan tersebut membawa mesej yg tidak pernah didengar oleh anak-anak ayam daging sebelum ini. Katannya, mereka punya sayap yang kuat boleh terbang kelilinng dunia. Juga punya kaki dan taji yang berbisa lagi kukuh.

Alangkah marahnya si penternak pada bunyi kokokan-kokokan dari luar reban tersebut. Pada mesej dalam kokokan tersebut. Dilarang anak ayam daging dari terus mendengarnya.

Katanya, semua itu kurafat! bida'ah! Kokokan-kokokan tersebut adalah dari ayam puak terroris. Jangan sekali-kali dengar mesej-mesej dari kokokan tersebut.

diugut pada anak ayam daging, jika terus mendengar kokokan itu, akan dihentikan bekalan dedak buat mereka. maka akan mati kebuluranlah semua anak ayam daging nanti.

Maka, sudah pastilah si anak ayam daging teramat takut dan kecut. Takut mereka bukan kepalang.Takut sungguh!

Maka kerana takut akan ugutan si penternak itu, anak ayam daging meneruskan kehidupan mereka seperti sediakala. Kehidupan mereka adalah mematuk dan terus mematuk dedak yang ditabur pada kaki mereka oleh si penternak. beriman sungguh mereka pada si penternak!

3 comments:

Hafizzuddin Rubaee said...

mcm mrh kt seseorang je ni ehsan...

ehsanhalim said...

eh takda la fiz.

ada mesej besar dari cerita ni.

tentang kecelaruan identiti muslim kini.

musafir kehidupan said...

Sangat mendalam mesej tu... Itulah realiti kehidupan orang2 yang dilalikan oleh sistem yang dicipta oleh orang2 yang punyai kepentingan.. apa yang berlaku, orang yang tahu, hanya mendiamkan diri, orang yang tidak tahu, terus tenggelam~MasyaAllah...teruskan menulis kerana Allah..