Followers

Sunday, October 17, 2010

Ukhuwwah di Mee Rebus Ramli



Semalam saya dan sahabat2 meluangkan masa bersama untuk pergi makan ke Restoran Mee Rebus Ramli. Bersama eratkan ukhuwah. BUkan senang untuk dapat kumpulkan semua sekali. Masing-masing pun ada komitmen gerak kerja masing-masing.

Sahabat-sahabat saya ini merupakan orang-orang hebat di kampus. Ada yang pegang usrah, pegang jawatan dalam biro agama dan JPP, ajk biro agama dan lain-lain yang tak mampu saya sebutkan. Jadi, masing-masing mempunyai jadual harian yang agak padat disamping memberikan fokus pada akademik.

Bersama dengan sahabat di Restoran Mee Rebus Ramli memang menyeronokkan. Terasa hangat ukhuwah yang dibina. Masing-masing berkongsi ilmu, pengalaman dan buku-buku baru yang dibaca. Ini kelebihan bila dapat keluar makan bersama mereka. Tak semua rakan saya dapat perkara yang sama.

Mengikut naqib kami, semasa nabi melaksanakan gerak kerja Islam, 3 perkara asas yang nabi tekankan pada sahabat2:

1-Aqidah
2-Ukhuwwah
3-Tazkiyatun nafs( pembersihan jiwa)

Para amilin(kader dakwah) tidak sama dengan ahli teori. Mereka bukan sekadar berteori membincangkan masalah umat, isu-isu semasa seperti kualiti pendidikan negara, indeks rasuah, kerosakkan belia dan lain-lain tetapi dalam masa yang sama mereka turun di tgh medan masyarakat menyinsing lengan memperbaiki masyarakat. Tidak semua boleh buat perkara ini.

Ada yang sibuk mengkritik di dalam blog dan face atau akhbar, tetapi zero dari segi gerak kerja. Mereka ini hanya mengharapkan golongan tertentu seperti para ustaz, pemimpin kerajaan, para aktivis dan lain-lain sahaja untuk buat kerja. tapi dia hanya memberikan pandangan dan kritikan membina. Ini belum cukup menyelesaikan kepincangan yang berlaku.

Tidak salah menjadi ahli teori yang selalu membincangkan masalah2 dan penyelesaian masalah tetapi dlm masa sama kita harus sama menjadi aktivitis. Aktivis itu pula mestilah dalam satu kelompok.Bukan seorang diri. Begitulah yang saya dan sahabat-sahabat fikirkan.

Selepas menikmati makan malam kami buat sesi sharing session. memberikan taujihat dan luahan rasa di antara satu sama lain. Supaya ukhuwah terus subur hingga hari kiamat.

*******
Beberapa taujihat yang saya rasakan best dari sahabat2:

" Kalau dulu zaman nabi kita ada sahabat-sahabat nabi yang hebat seperti Umar, Abu bakar dan pemuda-pemuda seperti Mus'ab bin Umair dan Saidina Ali yang bersama nabi memperjuangkan Islam, tapi pada zaman sekarang ini mereka sudah tiada. Namun, golongan yang sama seperti mereka masih ada. Kita harapkan golongan itu adalah kita"

"Ukhuwwah ini boleh jadi palsu. Ukhuwwah ni kurniaan dari Allah. Bukan sebab kita buat program ukhuwwah macam main sekali, makan sekali dan lain-lain. Tapi ia dari Allah. Dari program ukhuwwah yang kita buat tu, Allah akan ikat ukhuwwah kita. Boleh baca pasal ukhuwwah palsu kat blog."

"Ramai manusia yang tidak tahu bahawa untuk bersama-sama dalam kumpulan Islam dan memperjuangkannya adalah wajib. Ini membuatkan perkara ini hanya tertumpu pada kumpulan tertentu sahaja"

" Sahabat-sahabat ikhwan muslimin sentiasa mengingatkan sesama mereka 'itaqullah'(bertaqwalah kepada Allah) setiap kali mereka bertemu"

" Dalam doa Rabitah ada disebut,'jadikanlah KAMI mati syahid di jalan Allah'. Jika dilihat dari doa ni disebut KAMI dan bukan aku. Ini menunjukkan kepentingan libatkan KITA SEMUA dalam perjuangan Islam ni, dan bukan untuk diri sendiri sahaja."

" Dalam satu hadis sahih ada disebut di akhirat kelak ada golongan yang mendapat naungan Arasy Allah iatu sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Jadi, setiap kali kita ada pertemuan kita kena niat kita bertemu sahabat2 kerana Allah. Bukan sekadar sebab untuk buat kerja semata. Ukhuwwah itu kerana Allah bukan kerana kerja"

"...dalam bergerak kerja bersama ni kita perlu sentiasa berlapang dada dalam banyak perkara."

" Ana rasa beruntung kerana bersama sahabat-sahabat sekalian untuk bergerak kerja Islam. Mungkin sebab ana ISTIQAMAH dengan usrah semasa kat kampus ni. "

" Ana nak minta maaf sebab agak sibuk kebelakangan ni. Ana tepaksa kena siapkan asignment yang banyak bersama rakan-rakan kelas"

" Dalam dua tiga hari ni ana rasa gembira. Rasa nak senyum ja. Rasa seronok sebab dapat bersama sahabat-sahabat. Bersama sahabat-sahabat tak sama dengan bersama rakan-rakan di kelas."

" Ukhuwwah kita semua ni penting. Ibarat sebuah keluarga. Jika mak ayahnya SIBUK BEKERJA sahaja tetapi tidak beri kasih sayang pada anak-anak maka keluarga tersebut tetap tidak bahagia. "

syukran sahabat2 sekalian. Mudah-mudahan ukhuwah kita sampai ke akhirat dan doakan agar kita terus istiqamah pada jalanNya.

Rasulullah SAW dalam hadisnya : dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yangkedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sekian
Islam adil untuk semua

No comments: