Followers

Friday, December 10, 2010

Golongan Sedikit



Dengan Nama Allah yang Maha Kaya

Semasa menaiki bas perjalanan pulang ke rumah nenek, saya memasang radio ikim melalui handset. Saya agak tertarik dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh seorang ust.

Suka saya kongsikan bersama anda. Ia adalah berkaitan nikmat.

Pada satu hari saidina umar tawaf mengelilingi kaabah. Ketika Saidina Umar bertawaf, beliau terdengar ada seorang hamba Allah itu berdoa di tepi Kaabah. Dalam doanya itu hamba Allah tersebut berdoa supaya ditempatkan dalam golongan yang sedikit. Umar berasa hairan. Justerus selepas bertawaf saidina Umar berjumpa dengan hamba Allah tersebut dan bertanya,

“ Mengapakan tuan berdoa supaya ditempatkan dalam golongan yang sedikit?”

Maka jawab hamba Allah tersebut;

“ Aku berdoa tersebut setelah mendengar firman Allah dalam surah Al-‘Araf ayat 10.”

Mendengar ayat tersebut Umar begitu tersentuh.


“Dan Sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”


Kategori nikmat

Nikmat yang allah berikan pada manusia terbahagi kepada dua:

1-Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia

2-Nikmat untuk kelangsungan hidup dunia dan akhirat


1-Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia:

Nikmat ini Allah berikan pada semua manusia. Contoh nikmat ini adalah makanan, kekayaan, kesihatan, pacaindra, dan lain-lain.

2-Nikmat untuk kelangsungan hidup dunia dan akhirat

Nikmat ini adalah terpilih kepada manusia yang beriman pada Allah sahaja. Contohnya nikmat menjadi seorang Islam, beriman kepada Allah, nikmat terpilih berada dalam jemaah Islam dan lain-lain. Dengan nikmat ini, seseorang itu akan selamat bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat. Tanpa nikmat ini, manusia akan rugi buat selama-lamanya di akhirat. Oleh itu nikmat ini amat penting.


Kesimpulan:

1-ramai manusia yg hanya mengejar nikmat untuk kehidupan dunia sahaja dan mengabaikan nikmat untuk kehidupan dunia dan akhiratnya.

2- Kedua-dua nikmat ini amat penting.

3-Allah sendiri sebut ramai manusia yg tidak bersyukur.

4-mengikut Imam Junaid, cara seseorang itu bersyukur adalah:

" Guna semua nikmat Allah beri untuk ketaatan kepadaNya dan bukan maksiat kepadaNya"

contoh: Nikmat mata kita guna untuk membaca Al-Quran, bukan melihat maksiat.Jika itu yg kita buat maka kita telah bersyukur.

Sekian

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-18


No comments: