Followers

Saturday, January 8, 2011

Masa Yang Semakin Singkat

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah


Sekarang sudah menjelang tahun 2011. Bulan Muharram pun sudah berlalu. 2011 adalah tahun terakhir saya berada di IPG Kampus Ipoh. Hanya tinggal tahun ini. Suka atau tidak tahun depan saya tidak boleh berada di kampus lagi. Ini bermakna zaman mahasiswa saya semakin tamat. Ini buatkan hati sedikit suram.

Namun, begitulah fitrah Allah menciptakan kehidupan manusia. Masa akan terus berlalu bersama dengan umur hambaNya. Dulu belajar di Taski, kemudian, sekolah rendah, Maahad, KMPk dan kemudian di IPG Ipoh. Ada rakan-rakan kata 5 tahun setengah di kampus ni terlalu lama. Mereka mula merasai kebosanannya. Kalau boleh mahu segera tamat dan bekerja sebagai guru.
Bergambar bersama semua unit kos sains selepas jamuan hari raya

Itu mereka. bagi saya 5 tahun setengah terasa terlalu singkat. tak sempat nak buat apa-apa. Dalam kepala masih banyak perancangan yang perlu dijalankan bagi menggerakkan Islam di kampus. Masih ramai adik-adik usrah untuk dibimbing.

Dari sudut ilmu, terasa masih banyak yang perlu dipelajari. Banyak buku-buku yang belum dapat dihadam dengan sempurna. Mungkin elemen-elemen ilmu yang dapat di zaman kampus ini agak sukar untuk diperolehi lepas tamat belajar. saya pasti merinduinya.


Dunia kampus bagi saya adalah peluang yang sangat besar untuk bercucuk tanam. Hasil tanaman tersebut di tuai di akhirat. Di kampus, mad'u telah tersedia. Tenaga kepakaran untuk penggerak senang diperolehi. Jadi, yang diperlukan adalah sedikit kesungguhan dari diri sendiri. Kita buat program dakwah dan tarbiah, para pelajar lain sertai, maka kita akan dapat pahala.

Jika kita beri pandangan atau idea dalam mesyuarat, kemudian, jika ahli mesyuarat menerimanya dan organisasi mempraktikkannya, maka kita akan dapat pahala. Yang lebih best, selagi mana organisasi memanfaatkan idea yg kita beri maka selagi tu kita akan dapat pahala yang berterusan. Walaupun kita sudah tiada di dunia ini. Justeru itu, dalam tempoh setahun ni, perkara seperti itu cuba saya lakukan. Fikirkan idea sebanyak mungkin untuk membantu oraganisasi mudah-mudahan jika ada yang diterima dan bermanfaat untuk Islam di kampus, saya akan tumpang pahala. Lebih seronok lagi jika ia masih dipraktikkan walaupun saya sudah tiada lagi di kampus.

Namun, jika ada idea-idea kita yang merugikan organisasi maka pada sujud terakhir solat taubat kita itu, mohon sahaja Allah SWT mengampunkan kita. Insyallah Dia sentiasa mengalu-alukan taubat kita. Bukankah Allah itu Maha Pengampun?

"Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat"


Masa yang semakin singkat.

Sekarang saya benar-benar terasa masa saya di kampus terlalu singkat. Satu tahun. Dalam setahun ni 3 bulan akan berpraktikum di sekolah kawasan Kuala Kangsar. 1 bulan lagi perlu internship di sekolah yang sama. Ini bermakna saya terpaksa menyewa di luar kerana sukar untuk berulang-alik setiap hari dari ipoh ke kuala kangsar (tapi untuk berulang ia bukan satu perkara yang mustahil kerana ada pensyarah saya yang berulang dari Taiping ke Ipoh setiap hari tanpa ada masalah).

Kalau boleh ingin sahaja berpraktikum di ipoh supaya lebih masa berada di kampus. Namun, apa daya. Ia telah ditetapkan.

"Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada"-As-syahid Hasan Al-Banna

Kalau dalam lumba lari, ia adalah masa untuk memecut. Jadi, pada tahun akhir ini segala pemikiran, tenaga dan usaha perlu digandakan sebaik mungkin.

Biasanya pada tahun-tahun akhir ni, rakan-rakan saya akan mula bercakap berkaitan perancangan masa depan. Alam rumah tangga. Ada yang kata nak nikah bulan 11 ada yang bulan 3 dan macam-macam lagi lah. Apa-apa pun terpulang pada masing-masing. Mengikut keadaan dan keperluan individu. Bagi yang perlu nikah awal, maka segerakan. Bagi yang tidak perlu, maka tidak perlu tergopoh-gopoh. Jodoh Allah dah tetapkan di dalam Luh Mahfuz. Berdoalah supaya diberi ketenangan dan kekuatan menerima apa yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Dia lebih tahu.


Kenangan berkonvoi motor dari Ipoh ke Taiping menghadiri jamuan hari raya rumah pensyarah, En Sabri



No comments: