Islam adalah Negara dan Tanah Air, pemerintahan dan umat. Ia adalah akhlak, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, undang-undang, ilmu dan kehakiman. Ia adalah kebendaan, harta benda, usaha dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah. Ia adalah tentera dan fikrah. Islam juga merupakan aqidah murni dan ibadah.- Hasan Al-Banna (Usul 20, rukun Faham)
Followers
Saturday, December 17, 2011
Sahabaku
Oh Tuhanku,
Apalah hebat sangat manusia yang Kau ciptakan ni.Kadangkala meruntun jiwaku. Terasa jauhnya aku kebelakang. Memang Kau hantarnya untuk mentarbiahku. Mentarbiah egoku, mentarbiah rasa hebatku.
Oh tuhanku,
Dia sentiasa merendah diri. Dengan kekurangan ilmunya, kekurangan amalnya. Namun tahap pengorbanannya hanya Kau yang tahu. Tahap ikhlasnya hanya Kau yang tahu. Aku dapat rasakan, namanya sentiasa berdendang dikalangan para makhluk di langit. Sedangkan aku, oh tuhan...Harap hipokrasi itu bukan pakaianku.
Tuhanku,
Hanya Kau sahaja yang tahu betapa aku rasa berdosa dan terhina.Saat dia meminta nasihat dan pandangan dari aku. Lalu mengucapkan terima kasih yang amat sangat apabila aku memenuhi permintaannya...Sedangkan aku yang perlukan nasihat dan pandangan darinya.
Tuhanku,
Tidak sanggup rasanya bila dimahsyar kelak, aku menanggung malu. Hingga mungkin kepala ini tidak mampu diangkat lantaran malu yang membungkus diri. Dengan amal yang nipis. Sedangkan dia, dalam tawaduk dan istiqamahnya itu terus berada di baris hadapan. Aku pula, entah dicelah mana dalam lautan manusia yang menggila.
Tuhanku,
Hari ini dia berjuang lagi. Tanpa penat lelah. Entah betapa banyak harta dan wang ringgit dia korbankan untuk perjuangan suci ini. Aku dapat rasakan. Air mata dan lelah dia kemam sendirian. Semuanya untuk dakwah ini. Tiada siapa yang tahu. Hanya Kau yang tahu.
Tuhanku,
Manusia jenis apalah yang kau kenalkan padaku ini. Sering mengetuk hatiku. Aku ini hambaMu, Engkau adalah Tuhanku. Harap Engkau tidak pernah kecewa dengan hamba seperti aku ini. Tarbiahlah aku oh tuhanku melalui sahabat-sahabat yang Kau kurniakan padaku. Tarbiahlah aku tuhan.
Tuhanku,
Tadi aku lihat dia terlelap keletihan ketika sang murabi memberi kalam kuliah. Tadi aku lihat dia terduduk seketika melepas lelah. Dalam tenaga dan kemampuan terbatasnya itu, jiwanya tetap besar dan langkahnya tetap teguh.
Katanya penuh bangga, hari esok milik Islam.
Insyallah sahabat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Post a Comment