Pesan As-Sheikh Hassan Hudaibi: “Tegakkanlah Islam di dalam dirimu, nescaya ia tertegak di watanmu”
Sifat-sifat yg perlu kita bina:
1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
- Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
- Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
- Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
- Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
- Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
- Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
- Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
- Walaupun kaya, perlu bekerja.
- Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
- Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
- Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
- Menjauhi riba dalam semua lapangan.
- Menyimpan untuk waktu kesempitan.
- Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
- Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
- Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
- Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
- Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
6. Kuat tubuh badan (Qawiyyul Jism)
- Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
- Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan
- Pesanan al-Banna: Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
- Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
- Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
- Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
- Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
- Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..’Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.’
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
- Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
- Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’€™un li ghairihi)
- Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
- Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
- Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
- Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah
Wallahu’alam
3 comments:
mhn share ke FB PISMP Ambilan Januari 2008.tq
ANA RINDU KT AKHI LA..HUHU
Ust muzik:
ana pun rindu.mai dtg jln ipoh akhi.nta skg dh hebat xnak jumpa ana dah ya.
Post a Comment