Followers

Tuesday, May 17, 2011

Rumah Baru Si Anak


Dengan Nama Allah, tuhan yang satu.

Lama blog ini lama tidak diconteng sesuatu. Pada hari ini cuba sedaya upaya untuk menulis.Dalam kekangan masa yang ada, mungkin contengan dalam blog kali ini akan express.

Saya sekadar untuk berkongsi satu analogi. Analogi ini khas untuk orang tertentu yang faham. Mungkin anda.

Rumah Baru Si Anak

Al-Kisah.Ada seorang suami isteri.Si suami adalah seorang kerani dan si ibu adalah seorang suri rumah. Punya anak ana tiga orang. Gaji si suami sekadar seribu ringgit lebih. Cukup-cukup makan untuknya sekeluarga. Cukup-cukup untuk bayar ansuran rumah untuk mereka berteduh.

Dari anak pertama hingga anak ketiga, di rumah itulah tempat mereka bertedung. dari hujan panas. Dari terik mentari. Di rumah itulah tempat si ibu mendidik anak-anak. Pendek kata, rumah itu adalah segalanya untuk mereka sekeluarga. Si ayah, si ibu dan 3 orang beradik itu.

Dalam gaji yang terbatas, dan kos sara hidup yang semakin tinggi, si ayah dengan susah payahnya cuba untuk menyara keluarga. Si anak semakin dewasa, Keperluan mereka semakin banyak. Mereka juga sudah mula berfikir sebagai seorang dewasa. Punya rasa malu.

Apabila si anak melihat rumah teres keluarga mereka, timbul rasa malu. Al-Maklumlah, rumahnya sudah usang.Sudah berusia puluhan tahun.

Mulalah timbul dihatinya, kritikan-kritikan pada ayah mereka kerana malu dengan keadaan rumah mereka.

"Sepatutnya ayah belilah rumah baru"

" Orang sekarang dah tinggal rumah macam ni"

" Berlubang sana...berlubang sini"

"bla2...."

Si ayah hanya memendam rasa. Mungkin si anak tidak tahu kekangan2 yang dihadapi oleh si ayah.

Hinggalah satu ketika, bila anak sulung itu mula bekerja.Sudah bergaji. Dia membeli rumah baru, kemudian dia mengajak dua orang adiknya untuk tinggal sekali. Perkara ini tidak pernah dibincangkan bersama dengan mak ayah mereka. Tidak pernah dibawa naik dalam meeting keluarga. Tiba-tiba sahaja.

katanya, rumah baru ini lebih indah. lebih baik. Tidak ada lubang di sana sini. Bak kata orang, rumah baru ini tersangatlah mantap! Serba serbi mantap!


Si ayah dan ibu kecil hati. Apalah salahnya jika dibawa bincang dalam meeting keluarga dahulu. Apalah salahnya jika rumah sedia ada diubah suai supaya menjadi lebih baik? Boleh mereka tinggal bersama.

Buruk betul akhlak si anak. Bukankah masih ada ibu dan ayah mereka yang patut dihormati dan dirujuk.

Egonya si anak seolah-olah rumah baru yang mereka baru beli itu satu masa nanti tidak akan buruk, tidak akan berlubang di sana sini.





4 comments:

Unknown said...

subhanallah..syukran akhi..sngt terkesan di hati...=(

syafiqah said...

sugguh dalam maksudnya.... syukran....

ehsanhalim said...

Ust Muzik: mudah2 bermanfaat utk semua

Syafiqah: sedalam lautan tak berombak

hawa jamilah said...

kalau sambung...lagi best tak patut anak-anak dia wat macam tu...patutnya bukan wat rumah baru tapi baikilah bahagian2 yang berlubang tu...tampunglah mana-mana yang rosak...bukanke dirumah yang dikatakan berlubang itu dia dibesarkan,diberi makan dan diberi faham tentang kehidupan...rumah baru tak sama dengan rumah lama walaupun buruk n berlubang tapi rumah lama itulah menyimpan seribu pengalaman n sepak terajang sebuah kehidupan n perjuangan untuk hidup...rumah lama yang dikata berlubang itu harus dibaiki dan ditampung bukan ditinggalkan kerana rumah lama itu telah terbukti keberkatannya...hingga mereka mampu membesar berbanding rumah baru yang keberkatannya masih lagi belum terbukti...