96. Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan bagi mereka
Dalam hati mereka perasaan kasih sayang. (Maryam:96)
Dalam riwayat Ibnu Jarir, asbun
nuzul(sebab turun ayat) ini adalah ada seorang sahabat nabi yang bernama Abdul Rahman
Bin ‘Auf berhijrah dari Mekah ke Madinah. Semasa di Madinah beliau amat
merindui teman-teman baiknya si sana. Antara teman baiknya adalah Syaibah Bin
Rabiah, ‘Utbah Bin Rabi’ah dan Umayyah Bin Khalaf. Teman-temannya ini semuanya
kafir Quraisy sedangkan dia sudah beragama Islam.
Maka turunlah ayat ini memberikan
satu motivasi kepada setiap mukmin bahawa mereka yang beramal soleh, Allah akan
mengurniakannya sahabat-sahabat yang saling mencintai.
******
Ketika membaca asbun nuzul ayat
ini, pemikiran saya terus terbayangkan sahabat-sahabat seperjuangan saya. Kebanyakkan
mereka berada di semenanjung. Sungguh, saya amat merindui mereka. Saya merindui
adik-adik usrah, sahabat usrah, naqib-naqib dan guru-guru saya. Yang
menghubungkan antara saya dan mereka adalah kasih saying kerana Allah.Ada dasar
kefahaman Islam dan keterlibatan dalam jemaah.
Kadang-kadang sampai SMS dari
seorang sahabat:
‘Rindu nak jumpa enta’
Jika orang tengok, nampak SMS ni
macam mengada-ngada. Tambahan pula dihantar sesama lelaki. Tetapi dalam ukhuwah
Islamiah, semua itu biasa kerana rasa kecintaan pada sahabat kita harus
diluahkan. Nabi SAW ada bersabda:
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka
hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
*******
Aku juga rindu
“Akh, jom minum air kelapa”
“Se, mari tubik makey kat PMI”
“Jom sarapan kat kedai ‘pak cik
ikhlas’ bawa adik-adik sekali”
Ini antara mesej-mesej yang saya
rindu untuk terima lagi. Dulu selalu dapat dari sahabat-sahabat saya. Setiap
kedai kami dah letakkan nama. Contohnya kedai PMI adalah singkatan kedai
Persatuan Mahasiswa Islam. Kami namanya sebagai tempat kami berkumpul ramai-ramai
setiap kali lepas meeting atau tamat program.
Nama PMI ni cadangan dari seorang
sahabat saya, Zhafran. Katanya masa dia ke UM, dia tengok ahli-ahli PMI UM akan
berkumpul di satu kedai jika mereka nak makan atau minum.Seolah-olah itu adalah
kedai budak-budak PMI UM. Jadi katanya, kita pun kena ada satu kedai untuk kita
jadikan port untuk kumpul untuk makan sama-sama. Dari situlah dapatnya nama
kedai PMI. Tuan kedai pun dah biasa dengan kami ‘geng-geng ustaz’ berkopiah
putih berjanggut sejemput J
‘Kedai pakcik ikhlas’ pula nama
yang kami beri pada sebuah kedai berhampiran masjid yang menjadi tempat
bersarapan dengan adik-adik usrah. Nama ikhlas tu diberi pada pakcik tu yang
kelihatan bersungguh-sungguh menebar roti canai. Dari kebersihan diri dan
kekemasan pakaian, semuanya baik. Beliau juga selalu solat berjemaah di masjid.
Dari situ lekat nama kedai pakcik ikhlas.
******
Borneo
Di saat kejauhan ni adakala tuhan
sahaja yang tahu betapa saya perlukan seorang sahabat untuk keluar minum
bersama kemudian berkongsi masalah serta brainstorm idea untuk dakwah. Ada
memang ada tapi untuk keluar minum sambil bercerita tentang gajet baru, kereta
terkini itu memang ramai. Adakalanya kita perlukan sahabat yang saling boleh
dipercayai dan mampu menyimpan rahsia. Perancangan serta urusan dakwah
adakalanya perlu dirahsiakan kerana bimbang ia akan dicantas awal-awal lagi
oleh musuh.
Kata murabi saya:
“Imam Ghazali kata untuk kita baiki
diri kita perlu guru yang mursyid dan kawan. Kawan ada banyak. Ada kawan buat
minum, ada kawan main dan ada kawan buat sparing(kawan silat)”
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan
dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi
dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia
memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau
sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada
ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak."
(Riwayat Abu Daud)
p/s: cari sahabat yg baik.
1 comment:
Ukhuwah kerana Allah, manisnya terasa menusuk ke dalam jiwa. Terkesan betul dengan tulisan nta ni.
Post a Comment