Alhamdulillah sudah hampir 9 bulan saya berada di Bumi Sarawak. Banyak yang saya belajar.Antara yang penting untuk saya belajar adalah bagaimana untuk bermasyarakat dengan orang sekeliling.Bagi saya itu sangat sukar!
Kenapa sukar?
Ia menjadi sangat sukar kerana semua orang perlu dipuaskan hatinya. Dihormati kehendakknya. Sesiapa yang mampu untuk memenuhi semua ini, Insyallah dia akan menjadi orang yang paling disayangi manusia di alam semesta!
Jadi apa masalahnya?
Masalahnya adalah kadang kala kita ada banyak perkara yang perlu diaulakan (utamakan). Kita ni tidak sama dengan orang lain. Kita ditarbiah dan dibentuk fikrahnya sejak di bangku sekolah menengah. Dibentuk supaya memahami, mengamalkan lalu memperjuangkan Islam.
Dengan fikrah dan kefahaman ini, ia menuntut seluruh hidup dan diri kamu. Hatta masa, harta, daging, tulang serta darah ditubuh kamu perlu diwakafkan dalam jalan juang ini.
Habis tu?
Habis tu, yang lain dari jalan juang ini menjadi nombor dua.Kawan-kawan, rakan sekerja, jiran-jiran dan segala yang seangkatannya menjadi sampingan. Sekiranya bertembung antara dua perkara tersebut, maka sudah pasti mereka semua ini perlu memberi laluan kepada jalan juang ini.
Justeru, memang sentiasa makan hatilah!
" Ehsan, hujung minggu ni kitorang semua nak pegi cameron highland.Jom join sekali."
" Erm...maaf aku ada program"
******
"Kami plan nak pi mandi air terjun sabtu ni. Nak ajak hang sekali"
"Camna nak cakap ek..aku kena pi Bintulu. Ada meeting"
******
"Mak, abang ni asyik-asyik ada program ja.."
"erk..."(dalam hati)
******
"Jom outing photoshoot. Kita pi Sabtu or Ahad hujung-hujung minggu"
"Alamak...jadual hujung minggu bulan ni dah penuh"(dalam hati)
Kemudian?
Ramai orang akan makan hati. Ramai orang yang akan terasa hati. Ingat kita sombong. Tak nak berkawan dengan semua orang. Asyik kawan dengan kawan-kawannya sahaja.Macam-macam bunyi kat belakang.
Bila bersembang, asyik sembang benda-benda yang serius dan berfakta. Benda yang islamik. Habis tu macam mana nak jadi geng?
Memang ramai yang akan bosan dengan kita.
Hakikatnya...
Saya juga menahan pedih.Kerana saya juga 'orang'. Bukan tunggul kayu. Tapi itu hakikat yang perlu diterima. Harga yang perlu dibayar untuk berada di medan ini. Medan yang kita sanggup berikan segalanya. Bukan part time tapi fulltime. Saya bercita-cita untuk hidup dan mati di jalan ini. Seperti mereka yang telah pergi lebih dahulu dari saya. Mereka kembali bertemu dengan tuhan dengan jiwa yang tenang dan damai. Mereka mengotakan janji-janji dan sumpah mereka!
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." - [al-An'am: 162-163]
Dalam pedih ada manis :)
Bila kita hidup dalam jalan ini.Saya mungkin tak ramai kawan. Tapi saya ramai sahabat. Sahabat yang sanggup bersama susah dan senang.Kenapa begitu? Kerana mereka juga hidup seperti saya. Senasib dengan saya. Berjanji setia seperti saya. Itu yang manis :)
*******
" Aik siapa basuh baju ana ni?"
"hehehe....."
" Terima kasihlah, kalau sahabat-sahabat tak bantu tak sempat basuh baju ana. Minggu ni padat dengan meeting dan program"
*******
" Aik antum tolong kemas rumah ana? Siap tolong lipat baju-baju ana lagi.Masyaaallah"
" Takpa la..Sikit je, Ada paku dinding tak? ni nak paku penyangkut baju pula..lauk semua dah masak.hehehe."
*******
" Akh, ana nak datang ke Sarawak"
"Boleh-boleh. Nanti sampai ana ambik"
******
" Se, nanti enta sapa LCCT terus gi KL central. kami ambik enta. Kito gerok samo-samo male ni. Kalu ngatuk pakat-pakat gilir bawok."
" Bereh-bereh. Dreba tido dulu ter..ana dah nak naik flight ni :) "
*********
Jadi?
Jadi begitulah.
Dalam otak berselirat wajibat yang perlu diselesaikan. Mencari jalan penyelesaikan. Mesej-mesej sedang menunggu untuk direspon. Sedangkan waktu tidak banyak. Umat makin tenat. Jamaah memerlukan khidmat? Apa masih mampu kau berlenggang kangkung dan bergelak sakan?
Apa yang mampu saya katakan lagi. Ada cerita yang tidak 'mampu' disampaikan. Bukan taknak cerita tapi tidak 'mampu'. Begitu juga alasan. Jika mahu berbohong untuk mengelak diri dari orang salah faham, saya boleh reka. Tapi itu berdosa bagi seorang muslim!
" Kenapa tak dapat join kami. Ada kerja apa?"
" Hang ni sibuk ja memanjang"
" Pi Bintulu buat pa?"
" Meeting benda apa kerap sangat? "
" Demo ni bakpo bekeng sangat? nak gurau pun tok leh. Ustaz-ustaz lain bulih jah. Tok supo demo"
" Demo kure mesra dengan semua orang."
Apalah lagi yang mampu saya jawab semua persoalan ini? Wahai tuhanku, tunjukkanku jalan!
P/s: Hai teman, apalah yang kau runsingkan, kau kan GHURABA!
No comments:
Post a Comment